Populariti gambar itu mendorong pembangun aplikasi mudah alih, 4DX mencipta permainan Weasel Woodpecker.

Permainan untuk peranti mudah alih Android itu sudah boleh dimuat turun secara percuma dengan versi iOS hanya akan dikeluarkan minggu depan.
Awal bulan ini, seorang jurugambar sambilan, Martin Le-May yang menetap di London secara spontan merakam gambar seekor cerpelai 'menumpang' burung belatuk yang sedang terbang.
Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.
Foto itu pertama kali dimuatnaik di Twitter oleh @jayward7 atau Jason Ward, seorang peminat spesis burung dan merupakan jurugambar untuk Wildlife serta konsultan arborikultur (pengurusan penjagaan pokok).