Apa tindakan anda sekiranya melihat seorang wanita diperlakukan dengan kasar oleh lelaki di depan mata sendiri?
Adakah anda akan bertindak atau hanya mendiamkan diri?
Satu eksperimen sosial dijalankan oleh satu organisasi yang menggelarkan diri mereka STHLM Panda, untuk melihat reaksi orang awam terhadap situasi ini.
Eksperimen ini adalah salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keganasan domestik selain ingin melihat tindakan komuniti apabila berdepan dengan situasi berkenaan.
Mereka mencipta satu adegan seorang lelaki memukul dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada teman wanitanya di dalam sebuah lif dengan rakaman secara rahsia.
Amat mengejutkan apabila ramai yang mengambil sikap tidak peduli dan tidak membantu wanita tersebut.
Malah ada yang mengambil keputusan untuk terus keluar dari lif tanpa berbuat sesuatu.
Lebih mengejutkan, salah seorang daripada mereka meminta agar membenarkan dia keluar terlebih dahulu sekiranya lelaki itu terus mahu bertindak kasar.
Hanya segelintir daripada 53 orang yang memberi amaran kepada lelaki itu supaya berhenti atau mereka akan menghubungi pihak polis.
Menurut pengasas bersama STHLM Panda, Konrad Ydhage, "Ada di antara mereka yang mengatakan mahu menghubungi polis tetapi kami tahu ia tidak akan terjadi. Kami melakukan rakaman selama dua hari dan tiada pihak polis yang muncul."
Tambahnya lagi, "kami bercakap dengan hampir semua orang yang berada di dalam lif tersebut selepas ia selesai, kebanyakannya mengakui malu dengan diri sendiri kerana tidak bertindak sewajarnya dan lega kerana situasi itu hanya satu eksperimen."
Pada masa sama Ydhage menasihatkan agar masyarakat menghubungi pihak berkuasa sekiranya melihat situasi sebegini berlaku dan tidak terlibat secara langsung demi keselamatan. Mengambil tindakan dengan melaporkannya juga satu tanggungjawab penting kepada komuniti.
Setakat ini, video eksperimen berjudul "Abused in the Elevetor (Social experiment) mencecah lebih dua juta tontonan di laman YouTube.
Umaira Uyop
Sat Nov 15 2014

STHLM Panda menjalankan eksperimen sosial untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu keganasan domestik

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

BioNTech kini cipta pembantu makmal AI
Pembantu makmal yang diberi nama Laila ini boleh membantu penyelidik merancang eksperimen dan meramalkan hasil mereka dengan lebih baik.

Pengundi Selangor tidak boleh anggap PRN sebagai eksperimen - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain menasihati pengundi di Selangor supaya membuat pilihan bijak memilih calon daripada parti yang sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan.

'Haiwan diseksa, jadi bahan ujikaji kimia' - Video tular cetus kemarahan netizen
Spesis haiwan seperti monyet, kucing dan anjing menjerit kesakitan setelah dijadikan bahan eksperimen oleh makmal tersebut.

Jangan kecil hati... kucing kenal nama sendiri, tetapi saja buat 'dek' - Kajian
Kucing boleh membezakan namanya dan perkataan-perkataan lain yang disebut manusia, tetapi pilih untuk tidak beri respons.

Pemasangan perangkap nyamuk solar akan dikembangkan jika hasil positif - Noh
Keberkesanan perangkap nyamuk solar itu masih dipantau sejak ia dipasang di PPR Kampung Tehel, Melaka dan Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya pada hujung April lepas.

Apa reaksi anda jika berdepan situasi keganasan domestik?
Bertindak? Atau tidak peduli? Satu eksperimen sosial dijalankan bagi melihat reaksi masyarakat ketika berdepan situasi keganasan domestik.