SUNGAI PETANI: 'Wartawan cilik' Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau di sini, berhasrat untuk menemu ramah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika diberi kesempatan.
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata adalah menjadi impiannya untuk menemu bual pemimpin nombor satu negara itu secara bersemuka yang sebelum ini hanya ditonton di kaca televisyen.
"Memang nak jumpa kalau boleh. Kalau dapat jumpa PM (perdana menteri) nanti saya nak temu ramah PM dan juga akan sediakan donut dan roti yang akan saya buat untuk dihidangkan kepada PM," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penghulu Tua, Bukit Selambau dekat sini hari ini.
Muhammad Haziq meraih perhatian netizen dan menjadi popular selepas videonya melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di sini, tular baru-baru ini.
Video tersebut yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Januari lepas sehingga kini telah menerima sebanyak 1.2 juta tontonan.
Ketika ditemui Muhammad Haziq yang juga minat memasak kelihatan seperti pendiam, namun perwatakannya berubah selepas diberikan mikrofon dan beraksi sebagai wartawan di hadapan kamera untuk membuat laporan berita.
Secara bersahaja dan tanpa kekok, kanak-kanak itu terus mendemonstrasikan kebolehannya membuat laporan mengenai dirinya dengan lancar dan petah diselangi loghat Kedah.
Ibunya, Nur Shakilla Zainol, 33, berkata dia dan suami Mohd Asyraf Ahmad, 37, amat menyokong minat Muhammad Haziq dan menggalakkannya untuk terus menghasilkan video laporan berita bagi mengasah bakatnya.
Katanya, sejak video pertama Muhammad Haziq mengenai penemuan ular sawa menjadi tular bulan lepas, banyak pihak yang tampil untuk memberikan sokongan kepada anak sulungnya itu yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau.
"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang beri perhatian kepada anak saya, yang memberi sumbangan terutama untuk persekolahan dia dan seorang lagi anak perempuan saya," katanya.
Terdahulu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub turut mengunjungi kediaman kanak-kanak itu dan menyampaikan sumbangan persekolahan kepada Muhammad Haziq dan adik perempuannya Sara Salsabilla, 7.
"Sumbangan ini sebagai bantuan dan sokongan kepada Muhammad Haziq supaya dia dapat menjadi pencetus kepada rakan-rakannya dan kanak-kanak lain supaya bergiat aktif dan membawa manfaat kepada masyarakat," kata Awang Askandar.
Sebelum ini, Muhammad Haziq yang juga penghidap talasemia, turut mendapat perhatian Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan menghadiahkannya telefon bimbit.
Kanak-kanak itu juga dihadiahkan sebuah tablet oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, selain sumbangan persekolahan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan individu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, menggoreng donat untuk dijual kepada pelanggan ketika ditemui di kediamannya di Kampung Penghulu Tua, Bukit Selambau hari ini.- Bernama
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
'Sampai tak sempat nak masak sebab sibuk' - Haziq terima tunjuk ajar bidang kulinari
Masanya agak terhad kerana sering menerima jemputan dan kehadiran pelbagai pihak yang ingin bertemu dengannya.
Terlalu banyak permintaan 'review' produk, ada kala Haziq 'stress' - Ibu
Adik Muhammad Haziq mula menjadi perhatian usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat yang memasarkan produk mereka.
Perdana Menteri tunai impian 'wartawan cilik'
Impian 'wartawan cilik' Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Sungai Petani yang ingin bertemu dan menemu ramah Perdana Menteri menjadi kenyataan hari ini.
Hasrat tercapai, 'wartawan cilik' tak sabar temu bual PM petang ini
Perdana Menteri mengambil kesempatan meluangkan masa bertemu Muhammad Haziq di sebuah hotel di Alor Setar, hari ini.
'Wartawan cilik' tanam impian temu ramah Perdana Menteri
Muhammad Haziq raih perhatian netizen selepas videonya melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam, tular baru-baru ini.
Komputer tablet buat wartawan cilik Muhammad Haziq
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menghadiahkan komputer tablet kepada wartawan cilik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 11.
"Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau..."
Laporan ular sawa yang 'amat besar' dan 'amat dahsyat' masyhurkan kanak-kanak berusia 12 tahun, Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Kedah.
Jana Tamimi, wartawan cilik Palestin
Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu menggunakan telefon pintar untuk merakamkan laporan mengenai penindasan Israel ke atas Palestin.