JARANG-JARANG kita mendengar atau menggunakan kosa kata wara atau wara-wara secara tunggal. Wara atau wara-wara sama maksudnya dengan uar-uar.
Menurut Kamus Dewan Perdana (2020), wara-wara ialah pengumuman atau pemberitahuan, biasanya daripada pihak berkuasa kepada orang ramai.
Wara ialah golongan kata nama yang boleh bergandingan dengan kata lain bagi membawa maksud yang berlainan.
Kosa kata berkaitan yang telah direkodkan dalam kamus dan korpus ialah bicarawara, candawara, ceterawara, jerayawara, riawara, purbawara dan sandiwara.
Bicarawara didefinisikan sebagai rancangan televisyen atau radio yang mengandungi temu bual antara hos dengan tetamu undangan berkaitan dengan tajuk tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bicarawara juga merujuk pada sesuatu rancangan temu bual dalam apa jua media sama ada elektronik mahupun digital. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah talk show.
Candawara ialah rancangan (televisyen, radio dan sebagainya) yang berbentuk permainan yang dipertandingkan yang memerlukan peserta menjawab, membuat sesuatu dan sebagainya untuk menang (Kamus Dewan Edisi Keempat). Padanan kata Inggeris ialah game show.
Ceterawara ialah cerita yang mempunyai satu babak dan tidak ada selingan antara adegan-adegannya. Perkataan cetera ialah istilah sastera lama yang sama maksudnya dengan cerita atau ceritera. Dalam konteks bahasa Inggeris yang terhampir maksudnya ialah short story atau anekdot.
Jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Istilah ini terbit daripada kata jeraya yang berasal daripada bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud jalan raya. Gabungan jeraya dan wara menjadi jerayawara yang sepadan dengan istilah bahasa Inggeris, iaitu road show.
Istilah riawara sangat jarang diguna pakai dalam masyarakat pada hari ini. Riawara bermaksud komedi, senda, gurau, kelakar, lelucon, jenaka, lawak, lucu dan riang.
Walau bagaimanapun dalam pautan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan pangkalan data korpus DBP, riawara dihuraikan sebagai jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang sopan berbanding dengan jenaka yang santun, yang mempersendakan pihak lain.
Riawara kasar pula mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di khalayak, mengandungi kata cemuhan atau kelucahan. Sesetengah pihak mengistilahkannya sebagai lawak bodoh. Istilah sumber dalam bahasa Inggeris ialah low comedy.
Purbawara merujuk sejenis drama satu babak yang mengisahkan cerita kuno (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan purba bermaksud zaman dahulu, lampau atau dahulu kala.
Purbawara kebiasaannya dimainkan tanpa selingan adegan yang memaparkan cerita golongan feudal dengan rakyat yang bertemakan sastera sejarah atau pengaruh sastera Melayu atau Hindu. Drama purbawara seangkatan dengan drama bangsawan yang dipersembahkan sebagai hiburan konvensional. Padanan terhampir dalam bahasa Inggeris ialah folk tale atau fairy tale. Padanan ini mungkin tidak begitu tepat kerana kandungan sastera Melayu dalam kisah purbawara berbeza dengan budaya Barat.
Sandiwara pula bermaksud pertunjukan cerita yang dilakonkan oleh orang atau pementasan cerita. Maksud lain bagi sandiwara ialah sesuatu kejadian yang tidak bersungguh-sungguh (untuk mengabui mata sahaja) (Kamus Dewan Perdana).
Sandiwara sinonim dengan lakonan, cerita, drama, taridra dan pantomin. Istilah dalam bahasa Inggeris yang terhampir maksudnya ialah telemovie atau drama. Walau bagaimanapun kedua-dua istilah ini telah diserap dalam kosa kata bahasa Melayu sebagai kata pinjaman bahasa asing.
Kepelbagaian kosa kata dalam bahasa Melayu sangat indah untuk diguna pakai mengikut kesesuaian kandungannya. Tidak ada sebab atau alasan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tepat. Bersama-samalah kita memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa ekonomi dan bahasa negara.
* Azura Halid ialah seorang pencinta bahasa yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Sun May 15 2022
![Wara itu, wara ini... Mari berbicara tentang 'wara'... Wara itu, wara ini... Mari berbicara tentang 'wara'...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652597112_950x600.jpg)
Apakah beza antara purbawara dan sandiwara? Setiap satunya ada penjelasan dan fungsi penggunaan. - Gambar hiasan
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41538178993_DewanBahasa.jpg)
Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP
Rakyat masih terperangkap Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, serta mutu tersendiri.
![Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732120669_EmmanuelMacronAnw.jpg)
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
![DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728393480_RaisYasin.jpg)
DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.
![PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728189028_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
![Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728188340_AnwarIbrahim.jpg)
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
![Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728121944_tbNorlizaJamaluddin.jpg)
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
![Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727136195_anakmalaysia.jpg)
Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.
![Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725362609_UniversityMalaya.jpg)
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
![Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717766133_WongKahWoh.jpg)
Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
![Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717647724_FadhlinaSidek.jpg)
Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.