Golongan wanita dikenalpasti lebih ramai mengalami masalah tekanan mental berbanding kaum lelaki.
Pakar psikiatri Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Hamidah Mohd Salleh menjelaskan, keupayaan wanita melakukan banyak pekerjaan pada masa kini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah berkenaan.
Dr Hamidah berkata, rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan kira-kira 41.9 peratus wanita mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki yang mencatatkan 29.3 peratus.
Di Malaysia, faktor perceraian yang meningkat di negara ini dilihat mendorong kepada peningkatan masalah berkenaan.
“Bila anda tanya kenapa wanita lebih banyak, ia kerana sebahagiannya melibatkan hormon dan genetik. Sebab itu lah kami patut dilindungi tetapi entah bagaimana kami tidak dilindungi. Contohnya, penceraian sedang meningkat,” kata Dr Hamidah.
Tambahnya, stigma masyarakat terhadap kesihatan mental menyebabkan ramai wanita memilih untuk berdiam diri dan dilanda kemurungan daripada mendapatkan rawatan.
Jelasnya, golongan wanita memerlukan sokongan keluarga, dan rakan-rakan bagi menjamin kesihatan mental mereka demi pembentukan sebuah institusi keluarga.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 10 2013


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita lebih ramai alami tekanan mental
Golongan wanita dikenalpasti lebih ramai mengalami masalah tekanan mental berbanding kaum lelaki.