BAGI anda yang bergelar pelajar pusat pengajian tinggi, minggu peperiksaan akhir merupakan minggu paling kritikal.
Pelbagai kerja kursus, kertas kerja dan ulang kaji yang perlu dibuat, tentunya memberi kesan emosi terhadap pelajar dan boleh menyebabkan tekanan.
Justeru, tidak hairanlah, ada pelajar yang memerlukan cara yang membolehkan mereka melepaskan tekanan perasaan dengan cara yang sihat.
Salah satu caranya? Menangis.
University of Utah di Amerika Syarikat mewujudkan sebuah bilik khas di luar perpustakaannya, khusus untuk tujuan itu.
Seorang yang dipercayai penuntut di universiti itu, turut memuat naik gambar bilik berkenaan ke media sosial:
Bilik itu dibina oleh seorang pelajar tahun akhir jurusan seni halus, Nemo Miller.
Bilik sementara itu mempunyai pintu kecil, dan di dalamnya, diletakkan lapisan kain gelap dan permukaan lantai yang penuh dengan boneka comel seperti patung anak beruang.
Alat penetap masa diletakkan di bahagian dalam, dan dua lampu memberikan suasana cahaya yang suram.
"Ruang ini bertujuan untuk menyediakan tempat bagi pelajar-pelajar merehatkan fikiran selama 10 minit," itu yang ditulis pada nota yang ditampal pada pintu.
Portal berita Fox13 melaporkan, ia kini menjadi tempat untuk pelajar masuk dan menangis, sebelum kembali mendapat tenaga menghabiskan tugasan dan ulang kaji.
Pelajar yang mahu menggunakan bilik itu bagaimanapun perlu mematuhi beberapa peraturan, antaranya mengetuk pintu terlebih dahulu, masuk bersendirian dan berada dalam bilik itu selama 10 minit sahaja.
Agensi
Thu Apr 26 2018
University of Utah di Amerika Syarikat mewujudkan sebuah bilik khas di luar perpustakaannya, untuk beri peluang pelajar menangis. - fox13now.com
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Universiti sediakan 'bilik menangis' untuk pelajar tertekan hadapi peperiksaan
University of Utah di Amerika Syarikat mewujudkan sebuah bilik khas di luar perpustakaannya, untuk beri peluang pelajar menangis.