TAHUKAH anda wujudnya sebuah institusi pengajian tinggi bernama Universiti Hamburger McDonald's?

Ya, ini bukan satu jenaka kerana universiti ini sememangnya wujud di tujuh lokasi di seluruh dunia.

Universiti ini dimiliki oleh McDonald's dan berfungsi untuk melahirkan graduan yang berkelayakan dan berpengetahuan dalam prosedur operasi syarikat.




MHU - McDonald's University em Alphaville. #mcdonaldsuniversity #mcdonalds #hamburger

A photo posted by marcelo_foffa (@marcelo_foffa) on



#me #pavlina #patricia #shiftmanagementcourse #mcdonalds #mcdonaldsuniversity #studentpass

A photo posted by Patricia (@patysilveira85) on


Apa yang menarik, universiti ini mempunyai proses yang sangat ketat dalam pemilihan pelajar, dengan purata lapan pelajar sahaja yang akan diterima daripada setiap 1,000 permohonan.

Ia sekali gus meletakkan syarat kemasukan jauh lebih ketat berbanding universiti terkemuka dunia, seperti Universiti Oxford dan Cambridge.

Di sini, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dan ilmu pembangunan kepimpinan dan perniagaan, selain cara-cara menguruskan operasi syarikat.

Salah sebuah kampusnya yang terletak di Illinois, Amerika Syarikat, mempunyai 16 orang profesor yang bertugas sepenuh masa dan mengajar dalam 28 buah bahasa.

Ia juga memiliki 17 buah kelas, tiga makmal dapur dan sebuah dewan kuliah yang boleh memuatkan kira-kira 300 pelajar pada satu-satu masa.

Tempoh belajar bagi setiap pelajar hanyalah seminggu, dan mereka yang lulus akan dianugerahkan diploma.

Have I applied the lid correctly? How can I be sure? #mcdonaldsuniversity

A photo posted by sakeichiban (@sakeichiban) on




So I'm a qualified Shift Manager now

A photo posted by jmf (@ic_ca) on



We all passed our BSM with 3 honours and a top of class! Well done guys!!!

A photo posted by Hannah Taylor (@hannahtaylor1994) on



Tujuh kampus universiti ini adalah di Tokyo, London, Illinois, Sydney, Munich, Sao Paulo, dan Shanghai.

Setakat ini, ia telah melahirkan lebih 200,000 graduan sejak mula beroperasi pada tahun 1961.