DENGAN perkembangan teknologi dan perubahan norma baru bagi menjalankan aktiviti seharian menjadikan kita lebih kreatif dalam mencari penyelesaian dan membuat keputusan berkaitan kehidupan yang serba mencabar.
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia secara tidak langsung memberi kesan kepada pelaksanaan tugasan harian dan pematuhan SOP sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 yang lalu, kita sering dihebahkan dengan statistik kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran yang semakin meningkat terutama dalam kalangan graduan universiti yang baru sahaja menamatkan pengajian.
Kementerian Pengajian Tinggi juga telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 bagi meminimumkan kesan langsung akibat pandemik kepada sektor ekonomi dan pasaran pekerjaan.
Menerusi inisiatif yang diperkenalkan ini dilihat dapat membantu universiti untuk melahirkan graduan yang berdaya saing, holistik dan seimbang dalam menghadapi kehidupan norma baru yang kian mencabar kini.
Pelan Strategik ini merangkumi 4 inisiatif yang melibatkan pengukuhan kecemerlangan bakat, perluasan kerjaya pelajar, pemantapan pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan pemerkasaan hubungan industri.
Sebagai sebuah universiti terulung di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyedari kemelut yang melanda negara pada masa kini dan mengambil inisiatif untuk mewujudkan peluang penciptaan kerja (job creator) sebagai antara platform yang dapat mengatasi masalah pengangguran yang serius.
Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) telah mengorak langkah awal dengan membuat lawatan kerja dan perundingan mengenai inisiatif yang cuba diwujudkan bersama dengan industri dalam penerokaan bidang yang berkaitan dengan teknologi dron.
Perkembangan teknologi seiring dengan Revolusi Industri 4.0 dilihat bertepatan dengan inisiatif yang cuba diwujudkan bersama antara industri dan universiti. Penerokaan teknologi dron ini dianggap sebagai “penyelesaian” kepada masalah yang dihadapi oleh industri pada masa kini.
Penggunaan dron merupakan salah satu keperluan utama dalam bidang berkaitan ketenteraan dengan pemantauan sempadan negara, pertanian, ramalan kaji cuaca, pengurusan bencana dan lain-lain.
Inisiatif job creator ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan graduan serta pensyarah yang terlibat dalam bidang kepakaran masing-masing yang akan bersama-sama dilibatkan dengan pemain industri.
Penerokaan teknologi dron yang cuba diwujudkan di UiTM akan dilaksanakan melalui konsep Hab Industri Miktro (MIH) dengan penglibatan industri dan fakulti.
Pada peringkat permulaan, Pusat Pengajian Ukur Geomatik, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur dipilih sebagai fakulti pertama yang akan dilibatkan bersama dengan industri bagi penerokaan bidang teknologi dron sebagai strategi pemerkasaan hubungan industri.
Perbincangan antara MASMED, UiTM dengan Aerodyne Campus di Cyberjaya, baru-baru ini. Menerusi hasil perbincangan awal dengan pihak Aerodyne Campus, Cyberjaya yang merupakan Syarikat No. 1 di dunia dalam menyediakan perkhidmatan rumusan teknologi dron, teknologi data dan transformasi digital sebagaimana kehendak dan keperluan industri.
Dengan kekuatan syarikat yang mempunyai 35 lokasi cawangan di seluruh dunia menjadikan syarikat ini antara pilihan utama untuk mendapatkan perkhidmatan dalam teknologi berkaitan dron dengan lebih cepat, murah dan selamat.
Penggunaan dron sebagai salah satu elemen yang diterapkan dalam mata pelajaran wajib fakulti menjadikan inisiatif ini lebih bermakna kepada pelajar apabila mereka menamatkan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Pihak UiTM merancang untuk mendapatkan latihan secara langsung dengan industri bagi mendapatkan pendedahan secara latihan dan senario sebenar akan kerja-kerja pengendalian dron dan penggunaannya dalam bidang berkaitan alam bina.
Kursus intensif selama 2 minggu ini bakal dikendalikan oleh pihak Aerodyne Campus dan pelaksanaan kerja lapangan yang melibatkan tugasan sebenar penggunaan dron dalam bidang pertanian di kawasan luar bandar yang memerlukan kerja penyemburan baja pada tanaman.
Bermula dengan latihan asas yang diberikan kepada pelajar dan graduan UiTM di peringkat awal penglibatan mereka dalam menjadikan inisiatif ini sebagai kerja sampingan bagi mendapatkan sumber pendapatan. Mereka yang terlibat boleh terus bekerja tanpa perlu memiliki dron mereka sendiri.
Pihak syarikat juga akan menyediakan dron secara sewaan untuk kegunaan individu atau syarikat yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
Oleh yang demikian, pelajar dan graduan yang terlibat tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan kerja mereka bersama klien yang berminat untuk mendapatkan khidmat pengendalian dron yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Selain itu, pelajar dan graduan yang telah dilatih ini juga akan diberikan peluang untuk sama-sama membantu pihak syarikat mengendalikan projek mereka dengan klien yang terdiri dari pelbagai bidang kepakaran.
Pengalaman ini akan menjadikan pelajar dan graduan UiTM lebih seimbang dan mampu bersaing dengan penawaran peluang pekerjaan yang agak terhad pada masa kini.
Semoga penerokaan bidang teknologi dron ini menjadi cabang baru dalam job creator UiTM sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan kebolehpasaran graduan yang lebih kompetitif.
Dengan wujudnya peluang baru dalam perkembangan teknologi ini akan mengubah cara pemikiran pelajar dan graduan UiTM untuk tidak hanya mengharapkan kerja tetap semata-mata namun perlu mengorak langkah menjadi usahawan sebagai pilihan kerjaya dan seterusnya mencipta pekerjaan pada masa hadapan.
- Sr Ts Siti Hafsah Zulkarnain
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 29 2021
Penggunaan dron merupakan salah satu keperluan utama dalam bidang berkaitan ketenteraan dengan pemantauan sempadan negara, pertanian, ramalan kaji cuaca, pengurusan bencana dan lain-lain. - Foto: DagangNews
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
34 solusi teknologi MyHackathon dikomersialkan
Sebanyak 34 solusi teknologi dibangunkan pemenang MyHackathon berjaya dikomersialkan sejak program itu dilancarkan pada 2020.
MCMC bekerjasama dengan badan kawal selia pacu teknologi dron
Kerjasama itu juga bertujuan untuk mewujudkan asas bagi merangsang pembangunan dron yang lebih canggih dan berkeupayaan pada masa depan.
MOSTI bangun ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam pertanian
MOSTI sedang berusaha membangunkan ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan petani dan peladang.
Aerodyne sasar perluas penyelesaian teknologi ke pasaran pertanian India
Aerodyne mengorak langkah ini memandangkan penyelesaian mereka itu berjaya bertapak dengan kukuh di Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.
Meraque, Boustead jalin kerjasama penggunaan teknologi dron
DoU yang ditandatangani akan membentuk kerjasama dalam perkhidmatan dan projek berkaitan dron yang berpotensi dengan Meraque menawarkan kepakaran teknologinya kepada perniagaan Boustead.
MOSTI cadang perkenal industri, teknologi dron dalam silibus STEM - Dr Adham
MOSTI akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dalam usaha kerajaan dalam memperkemaskan silibus serta menarik minat ramai terhadap subjek STEM.
UiTM ke arah inisiatif penciptaan kerja berteraskan teknologi dron
Penerokaan teknologi dron yang cuba diwujudkan di UiTM akan dilaksanakan melalui konsep Hab Industri Miktro (MIH) dengan penglibatan industri dan fakulti.
'Kewartawanan Dron' di kawasan bencana bantu liputan berita
Konsep liputan berita menggunakan teknologi dron boleh mengubah cara memperoleh dan menyampaikan maklumat, khususnya dalam situasi bencana.