TIME Internet, salah satu penyedia perkhidmatan internet di Malaysia, kini dilihat telah mula menawarkan penaiktarafan kelajuan internet kepada pelanggan sedia ada.
TIME menamakan ia sebagai “Speed Boost”. Buat masa ini, sejumlah pelanggan telah mula menikmati penaiktarafan itu.
Pihak TIME sendiri masih belum berkongsi maklumat lanjut berkaitan penaiktarafan kelajuan ini. Tidak diketahui siapakah yang tertakluk di bawah skim naik taraf ini.
Mengikut apa yang dilihat, TIME menaik taraf pelanggan sedia ada kepada kelajuan berikut di bawah Speed Boost ini:
*100Mbps menjadi 200Mbps
* 300Mbps menjadi 500Mbps
* 500Mbps menjadi 600Mbps
TIME menekankan yang mana tiada sebarang perubahan pada kontrak atau caj bayaran untuk “Speed Boost” ini.
Mengikut halaman terma TIME, penaiktarafan kelajuan percuma ini dilakukan dari 27 Mac 2024 hingga 7 April 2024.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan naik taraf ini oleh TIME dalam masa terdekat. -Amanz
Amanz
Sun Mar 31 2024
TIME menamakan ia sebagai “Speed Boost”. Buat masa ini, sejumlah pelanggan telah mula menikmati penaiktarafan itu. -Amanz
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
TIME mula tawarkan 'speed boost' kepada pelanggan sedia ada
Pihak TIME sendiri masih belum berkongsi maklumat lanjut berkaitan penaiktarafan kelajuan ini.
Unit TIME dotCom beli bangunan KWSP pada harga tunai RM62 juta
ADC telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Lembaga KWSP untuk cadangan pemerolehan itu.
Perkara anda perlu konsisten lakukan walaupun ketika 'lockdown'
Kami yakin ramai antara kita sudah terbiasa dan serasi dengan rutin untuk terus berada di rumah dan mencipta keseronokan dalam ruang anda sendiri.
BTS dinamakan Penghibur Terbaik Tahun Ini oleh TIME
BTS akan membuat persembahan pada acara pengumuman Person of the Year oleh TIME, Khamis depan.
"Kita perlu ubah cara kita layan kaum wanita" - Mohamed Salah
Dinamakan TIME antara 100 Individu Paling Berpengaruh 2019, bintang Mesir dan Liverpool itu mahu kaum lelaki Muslim seluruh dunia melayan wanita dengan penuh rasa hormat.
Tun M antara 100 individu paling berpengaruh TIME 2019
Senarai "100 Most Influential People" dikeluarkan setiap tahun oleh TIME sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.
R Sivarasa mengaku tidak bersalah hantar imej palsu melalui akaun Facebook
Sivarasa didakwa atas dua tuduhan menghantar komunikasi palsu iaitu imej muka hadapan majalah TIME menerusi laman Facebook dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Persaingan jalur lebar: TM, TIME 'bergaduh' di Facebook
Promosi berbentuk sindiran oleh TIME yang disahut oleh TM di ruang komen Facebook menarik perhatian netizen.
Majalah TIME iktiraf nasi lemak sarapan sihat
Makanan kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah antarabangsa, TIME Magazine.
'Saya patut jadi Person of The Year' - Donald Trump
Calon Presiden Amerika Syarikat yang penuh kontroversi Donald Trump berkata beliau sepatutnya menjadi 'Person of The Year' bagi majalah TIME.