Sejak 16 tahun yang lalu saya mula berarak dan membawa 'paal koodam' atau periuk susu pada hari Thaipusam setiap tahun.
Apabila bercerita mengenai tradisi ini, ibu saya amat tegas dengan saya dan kakak saya. Dia sentiasa menekankan bahawa kami perlu berpuasa selama seminggu. Ia sememangnya sangat sukar pada beberapa tahun yang pertama, tetapi lama-kelamaan kami berasa selesa untuk berpuasa.
Pada setiap pagi hari Thaipusam, kami sekeluarga akan bangun lebih awal, mandi dan bersarapan ringan sebelum berjalan kaki dari rumah menuju ke kuil.
Sebelum meninggalkan rumah, kami sekeluarga akan bersembahyang di rumah dan seterusnya mengisi periuk yang akan dibawa dengan susu segar.
Kebiasaannya, kami akan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke kuil. Di kuil, kami dapat melihat ramai penganut Hindu sedang menunggu dengan periuk susu mereka untuk upacara bermula.
Bersama-sama dengan penganut lain, kami berkumpul di hadapan kuil dan berarak sekeliling ‘devastanam ' atau kuil utama sebanyak tiga kali sebelum upacara bermula.
Kami bergilir-gilir memberi periuk kami kepada sami yang berada di kuil untuk mencurahkan susu ke atas Dewa Muruga.
Biasanya, senario dan rutin yang dijalankan adalah sama pada setiap tahun. Jadi, apa yang baru tahun ini?
Saya berada dalam keadaan separuh sedar. Pada mulanya saya berdiri di sebelah ibu dan beberapa ketika selepas itu, saya tidak dapat ingat apa yang berlaku seterusnya.
Ibu saya memberitahu saya kemudian bahawa saya telah berjalan perlahan-lahan menuju ke irama gendang dan pada waktu yang sama mata saya tertutup. Bapa saya terpaksa memegang saya kerana keadaan saya menjadi sedikit 'tidak terkawal'.
Saya berada dalam keadaan separuh sedar bukanlah untuk satu jangka masa yang lama tetapi hanya selama kira-kira 10 minit sahaja. Walaubagaimanapun, ini sudah cukup untuk membuat saya mengigil apabila tersedar.
Ia adalah kali pertama saya mengalami situasi seperti ini.
Saya pernah terfikir bagaimana perasaan mereka yang mengalami keadaan separuh sedar yang seolah-olah dihipnosis. Pernah juga saya berasa takut dan berfikir perkara ini tidak masuk akal.
Tetapi, dengan pengalaman yang baru ini, saya menjadi lebih terbuka dengan perspektif yang baru. Dengan rahmat Dewa Muruga, pada akhir sambutan Thaipusam saya dapat merasa keberkatannya.
Selamat Hari Thaipusam!