KUALA LUMPUR: TV OLED LG yang baharu menjanjikan kepuasan menonton rancangan pilihan anda atau bermain permainan video bukan sahaja kerana ia memancarkan visual yang menarik, malah ia dilengkapi dengan tekologi kecerdasan buatan (AI) terkini.

Dengan teknologi terbaharu tersebut, TV OLED LG mampu menjadi pembantu peribadi yang setia dengan mempelajari pilihan anda dan menyesuaikan diri dengan keperluan anda.

Dengan antara muka pengguna (UI) yang direka semula, pengalaman ini lebih interaktif daripada sebelumnya, dari penggunaan kawalan suara hingga pengesyoran kandungan yang serba lancar.

Ciri Magic Remote dan Arahan Suara TV OLED LG membawa anda ke masa depan kawalan televisyen.

Navigasi kandungan menjadi lebih mudah dengan Magic Remote, selain memberikan arahan kepada TV menggunakan suara anda, mengubah pengalaman menonton anda menjadi lebih unik.



Selain visual yang menarik dengan diod pemancar cahaya organik, TV OLED LG mengutamakan keselesaan mata ketika menonton dengan pancaran cahaya biru yang lebih rendah dan paparan bebas kerdipan.

Ciri-ciri tersebut mendapatkan persijilan Eyesafe® oleh TÜV Rheinland, membolehkan anda menikmati kandungan visual dengan selesa dan tanpa tekanan pada mata anda.

Selain itu, teknologi terkini TV OLED LG menamatkan motion blur ataupun visual yang kabur akibat pergerakan pantas dengan teknologi a9 AI Processor 4K Gen6 yang canggih.

Dengan teknologi ini, TV dapat menghasilkan warna yang lebih meluas dan tahap kecerahan yang tinggi, memastikan setiap adegan tetap jelas dan tajam.

TV OLED LG juga amat sesuai yang gemar bermain permainan video.

Dengan tempoh tindak balas ultra-pantas dan kadar penyegaran 120Hz, bersama dengan teknologi seperti NVIDIA G-Sync dan AMD FreeSync Premium, anda akan mengalami permainan video tanpa kompromi.

Kesan bunyi dari televisyen juga amat penting. Oleh itu, TV OLED LG juga membawa pengalaman sinematik seperti IMAX ke dalam rumah anda.

Dengan teknologi Dolby Atmos & Dolby Vision, bersama dengan Sound Bar LG terkini, anda dapat menikmati bunyi sekeliling berbilang saluran dengan kualiti bunyi IMAX Enhanced yang mengagumkan.

Kesemua ciri tersebut tidak lengkap jika ia tidak mesra alam. Untuk tujuan itu, TV OLED LG menggunakan tenaga yang rendah dan paparan pancaran kendiri, menyumbang kepada penjimatan tenaga dan gaya hidup mampan.

Dari kualiti imej hingga keupayaan pintar, TV OLED LG akan mengubah cara anda melihat dan berinteraksi dengan kandungan di sekeliling anda dan nikmati dimensi hiburan baharu yang tiada tolok tandingnya.