ANAK kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna Mukhriz atau Ally, meluahkan ucapan penghargaannya buat seluruh rakyat negeri Kedah kerana memberikan peluang untuk bapanya mencurahkan bakti buat negeri itu.
Dalam status yang dimuat naik ke akaun Instagram semalam, Ally berkata bapanya telah memberikan yang terbaik sepanjang tempoh perkhidmatannya, biarpun adakalanya terpaksa mengorbankan masa untuk bersama keluarga.
Ally turut tidak ketinggalan mengungkapkan rasa bangga terhadap bapanya yang dianggap sebagai lelaki yang penuh integriti, penuh semangat dan sangat tabah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang politik, tetapi saya kenal ayah. Saya tahu bahawa ayah adalah seorang yang hebat," kata Ally dalam statusnya.
Biarpun terkilan, Ally bagaimanapun yakin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Di akhir statusnya, Ally mengirimkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kedah kerana menerima baik keluarga mereka sepanjang tempoh pimpinan Mukhriz, dan menyifatkan ia sebagai pengalaman indah dalam hidupnya.
Madiha Abdullah
Sun Feb 07 2016
Ally bangga bapanya sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat negeri Kedah. Foto/Instagram Ally Mukhriz
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir
Sebuah foto yang dikongsikan cucunya, Ally Mukhriz di Instagram menarik perhatian ramai.
'Terima kasih, rakyat Kedah, kerana menerima kami' - Anak Mukhriz Mahathir
Meera Alyanna Mukhriz atau Ally, meluahkan ucapan penghargaannya buat seluruh rakyat negeri Kedah kerana memberikan peluang untuk bapanya mencurahkan bakti buat negeri itu.
Muat naik foto bapa di Instagram, Ally Mukhriz tarik perhatian netizen
Tiada sebarang kapsyen diletakkan pada gambar tersebut, namun ia dilihat sebagai salah satu bentuk sokongan buat Mukhriz yang kini sedang melalui saat-saat sukar.