Namun bagaimana sekiranya dua sahabat itu berlainan makhluk? Seorang manusia dan seorang lagi haiwan buas.
Jawapannya sama, amat mengujakan. Itulah realiti persahabatan Dolph C Volker, 50, dan Gabriel, seekor cheetah.
![Volker berswafoto bersama Gabriel - Foto Youtube Barcoft Animal](http://img.astroawani.com/2018-03/71520181520_freesize.jpg)
Volker kembali ke Pusat Pembiakan Cheetah di Bloemfontein, Afrika Selatan bagi bertemu sahabat lamanya itu Januari lalu.
Apa yang mengharukan cara Gabriel menyambut kedatangan Volker dengan merangkul bahunya dan menjilat-jilat wajahnya.
Volker turut berkesempatan menyuapkan makanan ke mulut Gabriel dengan tangannya sendiri, malah kedua-dua sahabat ini turut tidur bersama di kawasan terbuka.