ANDA pasti pernah mendengar prosedur pembedahan bariatrik yang mengecilkan saiz perut. Ia berjaya mengurangkan berat tubuh penerima prosedur ini tetapi mendatangkan komplikasi perlu makan hampir setiap masa dalam jumlah kecil.
Suntikan Ozempic juga berkesan tetapi boleh meningkatkan risiko kanser tiroid. Maka pakar perubatan sentiasa mencari prosedur baharu untuk mengurangkan masalah berat badan tanpa bersenam.
Terkini teknik ablasi mukosa endoskopik telah digunakan oleh sekumpulan penyelidik untuk mengurangkan berat badan. Ia membakar bahagian atas lapisan dalam perut yang dipanggil fundus gastrik yang menghasilkan hormon ghrelin.
Ghrelin menimbulkan perasaan ingin makan apabila perut mula kosong. Dengan membakar fundus gastrik, perasaan lapar dapat dikurangkan.
Peserta kajian yang terdiri daripada 10 wanita melaporkan purata penurunan berat badan sehingga 7.7%, perasaan lapar turun sepertiga dan kapasiti perut berkurangan sehingga 42%.
Walaupun impak prosedur ablasi mukosa endoskopik adalah lebih rendah berbanding pembedahan bariatrik dan Ozempic, ia dilihat sebagai alternatif yang lebih mudah.
Pesakit tidak perlu dibedah kerana prosedur dilakukan menggunakan endoskop dengan alat pembakar yang sudahpun digunakan untuk membakar tumor kanser dalam perut. Mereka boleh pulang dengan pantas selepas prosedur dilakukan.
Keputusan kajian ablasi mukosa endoskopik akan dibentangkan dalam acara Digestive Disease Week yang akan berlangsung pada 19 Mei depan. - Amanz
Amanz
Fri May 10 2024
Teknik ablasi mukosa endoskopik membakar bahagian atas lapisan dalam perut yang dipanggil fundus gastrik yang menghasilkan hormon ghrelin. - Gambar hiasan
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
'Teknik kurangkan berat badan seterusnya ialah dengan bakar lapisan perut'
Terkini teknik ablasi mukosa endoskopik telah digunakan oleh sekumpulan penyelidik untuk mengurangkan berat badan.