SERONOKNYA bila ibu-ibu yang suka bercucuk tanam melihat pokok hidup subur dan membesar. Lebih-lebih lagi, kalau suburkan tanaman tanpa baja.

Macam mana pula tu?

Rupanya, ada cara yang boleh bantu mak-mak yang suka menanam di rumah tanpa baja, hanya guna bahan organik saja. Ini pun sudah cukup untuk membantu gemukkan tanaman.

Inilah antara yang dikongsikan oleh Yna White, cara dia suburkan tanaman tanpa baja dan menggunakan semburan serangga organik saja.

Boleh ikut cara dia. Mesti geram bila melihat hasil tanaman yang gemuk dan subur.

Awal pagi di kebun dan alhamdulillah melihat pokok-pokok subur menghijau.

Ada cara nak suburkan tanaman tanpa baja kimia. Ini saya kongsikan.


Bukan Baja Kimia

Sejujurnya saya tak pakai apa-apa baja kimia, hanya gunakan tanah hitam sawit original tanpa campuran.

Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat. Jadi saya tambahkan pasir untuk bagi tanah tu tak padat dan peroi. Akar pun boleh bekerja dengan baik.

Tanah hitam ni dah berbaja, sekali sekala saya siramkan pokok-pokok ini dengan air basuhan beras, air nasi basi, basuhan ikan atau ayam.


Ramuan Pati Untuk Semburan

Racun serangga saya DIY sendiri saja. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Antara ramuan pati yang saya gunakan ialah:

Guna 3 bahan sahaja:

1 botol mineral besar air nasi basi (ramas-ramaskan nasi basi tu dengan air, lagi pekat lagi bagus) + 1 labu bawang putih (tak perlu kupas) + 1 paket kecil ajinomoto

Blenderkan semua, tapis dan simpan dalam botol mineral. Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam peti ais.

Bila nak guna, masukkan sedikit pati dalam botol spray + air paip. Goncangkan, sentiasa spray pada-pokok.


Tip

Inilah hasil tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia.

Semoga bermanfaat."

Sumber: Yna White


*Artikel asal di Mingguan Wanita



Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!