Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom dilantik sebagai Penaung Diraja pertama sebuah pertubuhan kemanusiaan antarabangsa bukan berasaskan keuntungan, Friends To Mankind (FtoM) di sini, pada Isnin.
Pengasas FtoM, Dhyan Vimal berharap pelantikan Sultanah sebagai Penaung Diraja dapat menghasilkan dan memperkenalkan lagi misi dan mesej pertubuhan itu kepada dunia.
"Sebelum ini, Sultanah Kalsom juga ialah penaung untuk filem pertama keluaran kami, "Temuan Takdir," katanya pada sidang media selepas majlis pelantikan di kediaman Sultanah Hajah Kalsom di sini pada Selasa.
FtoM telah menjalankan beberapa projek komuniti termasuk Project Dignity Initiatives, bertujuan untuk membangunkan kemahiran hidup di kalangan remaja dengan memperkenalkan program mentor, internship, latihan praktikal dan bengkel.
Satu lagi projek diketuai oleh FtoM ialah "Actions Causing Transformation" (ACT) yang menggalakkan individu untuk memulakan projek yang boleh membantu mereka yang memerlukan, seperti memberi makan golongan miskin, menyediakan tuisyen untuk mereka yang kurang bernasib baik dan menghijaukan persekitaran.
Sementara itu, Vimal, yang juga pengarah filem yang meraih anugerah, Temuan Takdir memberitahu filem keluarannya yang akan datang bertemakan inspirasi dijangka ditayangkan tahun depan.
Beliau berkata filem tersebut berkisar tentang perjalanan seorang budak untuk mencari makna kehidupan.
Pengarah kelahiran tempatan itu percaya bahawa pengamal filem tidak hanya perlu mengkomersialkan filem mereka tetapi juga harus menggunakannya sebagai medium untuk orang ramai belajar dan berkembang.
FtoM, ditubuhkan pada 2004 dan berpangkalan di Kanada mempunyai wakil di seluruh dunia termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Switzerland, Sepanyol dan Sweden.
Pertubuhan itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil bahagian dalam mewujudkan dan mengekalkan keamanan, memelihara alam sekitar serta memperkasakan peranan dan kemahiran belia. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 13 2017

Pengasas FtoM, Dhyan Vimal berharap pelantikan Sultanah sebagai Penaung Difraja dapat menghasilkan dan memperkenalkan lagi misi dan mesej pertubuhan itu kepada dunia. - Foto Bernama

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Sultanah Pahang ialah Penaung Diraja pertama Friends to Mankind
FtoM telah menjalankan beberapa projek komuniti termasuk Project Dignity Initiatives, bertujuan membangunkan kemahiran hidup dalam kalangan remaja.