Ini termasuklah amalan penggunaan siwak sebagai cara membersihkan mulut dan gigi.
Ramai orang Islam menggunakan siwak pada siang hari untuk mengekalkan kesegaran, kebersihan mulut dan untuk melindungi kesihatan pergigian secara keseluruhan.
Dalam tradisi Islam, menggunakan siwak merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Di Arab Saudi, siwak biasanya diperoleh daripada pokok Salvadora persica L. Pokok ini juga boleh didapati di Sudan, Mesir dan Chad. Pokok kurma atau zaitun yang rasanya pahit juga digunakan untuk siwak. Pokok neem adalah pilihan yang popular di Asia Selatan.
Miswak turut mendapat pengiktirafan di luar wilayah Arab.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan miswak untuk kebersihan mulut pada tahun 1986 dan pada tahun 2000.
Hari ini, semakin banyak bukti saintifik menyatakan siwak mempunyai khasiat perubatan dan membantu melawan plak, kerosakan gigi, gusi berdarah dan pelbagai lagi masalah berkaitan.
Mohammed Zahid, seorang doktor gigi berkata, miswak adalah "berus gigi semula jadi", yang antara faedahnya adalah memberi wangian dalam mulut dan menajamkan ingatan.
Penjualan siwak cenderung meningkat tiga kali ganda di Arab Saudi sepanjang bulan Ramadan kerana orang ramai memilih teknik kebersihan tradisional.
Menjelang waktu berbuka, setiap kedai memastikan siwak tersedia untuk pembeli dan selalunya diletakkan di kaunter daftar keluar.
"Saya menjangkakan jualan meningkat hampir 300 peratus pada bulan Ramadan," kata Abdullah Al-Otaibi, penjual siwak di Riyadh.
Seorang lagi penjual miswak dikenali sebagai Bilal berkata, keuntungan hariannya pada bulan Ramadan cenderung antara SR50 (RM58)-SR200 (RM235).