Ringkasan AI
- Ciri Share to TikTok membolehkan pengguna Apple Music dan Spotify berkongsi muzik, album, dan senarai main ke TikTok dengan lebih mudah.
- Pengguna boleh berkongsi muzik ke susur masa TikTok melalui Photo Mode atau mod skrin hijau, serta melalui mesej peribadi (DM).
- Apabila pautan diklik, muzik akan dimainkan dalam Apple Music atau Spotify, membolehkan pengguna menstrim, menyimpan, dan meneroka diskografi artis dengan lebih mudah.
TikTok pula ialah media sosial yang dilihat boleh membantu artis menjadi lebih popular seperti MySpace lebih dua dekad lagu.
Menyedari industri muzik dan media sosial saling bergantung antara satu sama lain, ciri Share to TikTok telah dilancarkan semalam.
Dengan Share to Tiktok, muzik daripada Apple Music dan Spotify akan lebih mudah dikongsi ke TikTok.
Pengguna boleh melakukan pilihan untuk berkongsi muzik, album dan senarai main ke susur masa menerusi Photo Mode atau mod skrin hijau.
Mereka juga boleh melakukan perkara yang sama menggunakan ciri penghantaran mesej peribadi (DM) kepada pengguna lain.
Apabila pautan ditekan, muzik akan dimainkan di dalam Apple Music dan Spotify.
Dengan ini kemudiannya muzik boleh distrim, disimpan dan menggalakkan pengguna untuk melihat diskografi lain artis secara terus. -Amanz