YouTube Broadcast Box merupakan usaha YouTube Malaysia dengan kerjasama Maxis dan Sunway University, yang direka khas untuk membekalkan generasi YouTuber Malaysia yang seterusnya dengan pengetahuan untuk berjaya di platform video tersebut.
Pameran bergerak ini dilengkapi dengan sebuah studio mudah alih yang lengkap dengan kamera, skrin hijau, dan peralatan suntingan video untuk menghasilkan sebuah video YouTube.
"Satu kajian yang dijalankan TNS Research dan Google Malaysia pada awal tahun ini mendapati rakyat Malaysia berusia antara 16 hingga 34 tahun lebih banyak menonton YouTube berbanding televisyen pada setiap bulan.
"Lebih menarik lagi, separuh dari peserta kajian berumur 55 tahun hingga 64 tahun merupakan penonton kerap YouTube,"kata Ketua Perkongsian Kandungan YouTube Asia Tenggara, Vishal Sarin pada pelancaran YouTube Broadcast Box Malaysia, di JC 1 Hall, Sunway University di sini pada Isnin.
Pelancaran YouTube Broadcast Box di Malaysia
Beliau berkata hasil kajian itu juga menunjukkan YouTube kini dijadikan sebagai satu destinasi media massa.
Turut hadir pada pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi Datuk Jailani Johari, Pengurus Perkongsian Atas Talian YouTube Asia Tenggara Su-Zen Low, Ketua Komunikasi Google Malaysia Zeffri Yusof dan beberapa YouTuber Malaysia popular termasuk JinnyboyTV, Joanna Soh, DanKhooProductions, Ho Ming Han dan Bram Lee Chin Hong.
YouTube Broadcast Box juga akan dipamerkan di Pulau Pinang sempena Georgetown Festival dan di Kuching, Sarawak.