PUTRAJAYA: Lebih satu dekad dalam dunia seni kreatif, Muhamad Fakhrul Akmal Shamsurrijal kini boleh berbangga apabila berjaya menempa nama sebagai seorang artis grafiti yang bukan sahaja dikenali di persada tempatan, tetapi juga antarabangsa.
Menempa nama sebagai Mile09, anak muda berusia 37 tahun itu kini telah melakukan banyak lakaran grafiti di dalam dan luar negara, sekali gus menepis tanggapan bahawa grafiti ialah satu contengan bersifat vandalisme.
Tidak sekadar contengan dinding biasa, menariknya, kreativiti graduan Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah dalam bidang Pengiklanan Grafik ini telah mendapat kepercayaan untuk menyiapkan pelbagai projek grafiti dengan entiti gergasi seperti Petronas, Perbadanan Putrajaya (PPj), selain projek luar negara di Jakarta, Indonesia; Bangkok, Thailand and Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
"Seni grafiti kini dilihat sebagai platform pendapatan baharu kepada golongan muda yang ingin menjana pendapatan dan memperoleh keseronokan bekerja tanpa terikat dengan waktu kerja pejabat atau majikan kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.
"Bahan pentingnya dalam lakaran seni grafiti ialah spray (penyembur), istilahnya ada spray, seni grafiti itu boleh dihasilkan mengikut kehendak pelanggan," kata Muhammad Fakhrul Akmal ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Mengimbau permulaan karier sebagai artis grafiti, dia yang mempunyai kepakaran dalam semi wildstyle lettering graffiti with pop colours dan semi architecture structure pattern ini berkata karya grafiti yang dihasilkannya ialah cetusan ideanya sendiri, selain turut mendapatkannya melalui perkongsian idea bersama rakan-rakan grafiti dan juga melalui YouTube.
Anak kelahiran Putrajaya ini berkata untuk membiasakan diri dengan semburan spray dan pemilihan warna, dia menjadikan zink-zink yang menutup kawasan pembinaan di sekitar Putrajaya sebagai tempat berkarya pada peringkat awal menceburkan diri dalam bidang itu.
"Zink kawasan pembinaan memang akan dibuang, dari situ saya belajar seni grafiti dan akhirnya berada pada tahap sekarang. Nama 'Mile09' itu gabungan nama saya dengan kawasan Presint 9 iaitu lokasi saya belajar dan dibesarkan," katanya.
Bapa kepada tiga anak itu berkata bahan asas untuk melakukan seni grafiti ialah penyembur khusus untuk artis grafiti yang diimport dengan harga kira-kira RM25 hingga RM35 untuk satu tin.
"Proses melaksanakan seni grafiti ini bergantung kepada keluasan dinding, kalau dinding kecil sekejap sahaja. Projek grafiti ini boleh dilakukan bila-bila masa kecuali waktu hujan," katanya dan menambah waktu bekerjanya untuk menyiapkan satu projek adalah hampir 12 jam sehari.
Beliau berkata seni grafiti telah diterima dalam masyarakat umum, malah hasil karyanya turut diiktiraf oleh jabatan kerajaan seperti PPj, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila lakaran grafitinya menghiasi aset TUDM sepanjang 300 meter di Pangkalan Udara Subang, TUDM pada 2010 serta di bangunan sembilan tingkat di Jalan Sultan Ibrahim, Johor Bahru tahun lepas.
"Pada awal Ramadan, PDRM turut menggunakan khidmat saya untuk membuat lakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.
"Saya juga siapkan projek lakaran grafiti untuk PPj di kawasan laluan pejalan kaki di Presint 8 berdekatan padang. Ia menunjukkan seni grafiti telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia," katanya yang turut berpandangan seni grafiti di Malaysia adalah terkawal berbanding luar negara apabila ramai pemainnya lebih agresif.
Memperoleh pendapatan bermula daripada RM5,000 bergantung kepada projek grafiti yang dihasilkan, Muhamad Fakhrul Akmal juga merupakan pembekal cat penyembur khusus untuk artis grafiti di Malaysia melalui kedai miliknya "Backalley Shop" di Cheras.
"Pendapatan dalam bidang ini tidak menentu bergantung kepada projek, namun arena grafiti ini beri kepuasan berlainan terutama apabila grafiti yang dihasilkan dihargai ... hal ini memberi kepuasan kepada saya untuk terus berkarya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Muhammad Fakhrul Akmal Shamsurrijal menyiapkan lakaran grafiti pada dinding di laluan pejalan kaki di Presint 8 baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Seni grafiti 'Mile09' semakin dikenali di persada antarabangsa
Lakaran grafiti Muhamad Fakhrul Akmal terkenal di dalam dan luar negara, sekali gus menepis tanggapan bahawa ia bersifat vandalisme.