SETIAP apa yang masuk dalam badan kita, semestinya kita nak yang terbaik supaya tubuh badan kita sihat dan bebas dari sebarang penyakit.
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen dan lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.
Nak tahu air apa yang terbaik untuk tubuh badan kita? Ikuti perkongsian Dr Noordin ini:
7 MINUMAN TERBAIK DI DUNIA
Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan.
Antara air minuman yang terbaik adalah:
1. Air zam zam
Air zam zam mengandungi mineral yang tinggi di mana dapat mencegah pelbagai isu kesihatan yang di alami anda. Mengikut sains, air zam zam ini bebas daripada mikroorganisme yang boleh mengurangkan kesegaran air.
Air ini mengandungi dua mineral yang sangat penting iaitu kalsium dan magnesium. Kedua-dua kandungan mineral ini membuatkan air zam zam memberi manfaat dalam menyegarkan tubuh badan.
2. Air mineral
Air mengandungi nutrien yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan sekali gus menjadikan kulit lebih sihat dan segar. Kandungan air yang mencukupi boleh menjana sel-sel baru bagi kulit dan rambut.
3. Air kelapa muda
Umumnya, air kelapa mempunyai sedikit rasa manis, masam dan rendah gula serta kalori. Ia hanyalah air bersama kandungan elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium dan kesemua kandungan di dalam air ini membantu menggantikan nutrien yang hilang.
4. Air lemon
Buah lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda.
Amalan minum air lemon merupakan satu tabiat mudah yang sering menjadi buah mulut individu yang ingin menurunkan berat badan.
5. Air saderi
Air 'celery' ataupun saderi adalah sumber yang sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin dan mineral. Ia juga mampu membuat sistem penghadaman lebih lancar.
6. Air teh hijau
Teh hijau sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan. Sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk badan dan minda.
Malah kajian yang telah dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di negara Jepun yang mengamalkan minumam air teh hijau sebanyak 5 cawan sehari telah menunjukkan jangka hayat yang lebih panjang daripada mereka yang tidak meminumnya.
7. Air coklat gelap
Coklat hitam sarat dengan nutrien dan merupakan salah satu sumber antioksidan terbaik yang boleh anda temui.
Kajian menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan kesihatan anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bolehlah amalkan tujuh jenis air ini di samping mendapat khasiatnya sekali!
Sumber : Tiktok @drnoordinofficial
*Artikel asal di Keluarga
* Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Keluarga
Sun May 01 2022
Buah lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda. -Keluarga
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Senarai 7 minuman terbaik untuk tubuh badan kita
Nak tahu air apa yang terbaik untuk tubuh badan kita? Ikuti perkongsian Dr Noordin ini.