KUALA LUMPUR: Bidang kesusasteraan perlu diangkat darjatnya dalam semua aspek kerana ia merangkumi sosio ekonomi, budaya dan peradaban serta tidak lapuk ditelan zaman, tegas seniwati Datin Sofia Jane Hisham.
Menurut Sofia, perjuangan untuk mengangkat martabat kesusasteraan memerlukan komitmen semua pihak dan wajar untuk dijadikan panduan terutamanya dalam usaha pembangunan industri seni tanah air.
Justeru, aktres filem Hanyut itu menyeru generasi muda untuk mendalami dan menghayati bidang kesusasteraan bagi memastikan ia terus dipelihara dan mendapat penglibatan tinggi generasi ke generasi.
"Kita ingin membuka minda dan mata generasi muda bahawa bahasa sastera, puisi, bahasa klasik harus diambil secara serius dan ia harus diraikan kerana ia satu bentuk yang begitu indah sekali.
"Generasi muda saya rasa paling dekat sekali apabila penglibatan dari segi mendengar atau menonton adalah melalui lagu-lagu seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya tetapi ia harus bergerak lebih daripada itu bukan hanya daripada segi nyanyian tetapi harus juga dari segi lakonan, filem dan teater," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam perbincangan 'Cipta Citra: Hari Puisi Sedunia' bersama penyanyi dan penyair muda ASEAN 2015, Umar Uzair di AWANI Pagi, pada Sabtu.
Program Cipta Citra: Hari Puisi Sedunia diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024 yang menampilkan pelakon, sasterawan dalam dan luar negara untuk mendendangkan puisi sempena meraikan Hari Puisi Sedunia di Ipoh, Perak, pada 8 dan 9 Mac ini.
Sementara itu, Umar berkata, program berkenaan merupakan satu usaha untuk mendekatkan sasterawan dengan masyarakat.
"Saya berharap Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dapat mengangkat elemen sastera dan puisi sebagai elemen pelancongan dalam negara selain daripada elemen tempat, makanan dan lain-lain.
"Elemen puisi kita ada elemen sastera kita yang kuat yang patut dijenamakan di peringkat antarabangsa, saya harap MOTAC dapat mengangkat acara ini sebagai satu acara utama bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan supaya masyarakat Malaysia dan luar negara dapat melihat sastera Melayu kita," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sat Feb 17 2024
Menurut Sofia, perjuangan untuk mengangkat martabat kesusasteraan memerlukan komitmen semua pihak, sementara Umar berharap MOTAC dapat mengangkat elemen sastera dan puisi sebagai elemen pelancongan dalam negara.
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.
Perdana Menteri berminat lawat Moscow, St. Petersburg
Datuk Seri Anwar teruja dengan lawatan sulungnya ke Rusia, yang sebelum ini hanya diketahuinya menerusi kesusasteraan negara itu.
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
Sastera wajar disenarai antara acara utama Tahun Melawat Malaysia 2026 - Sofia Jane
Bidang kesusasteraan tanah air perlu diangkat darjatnya dalam semua aspek.
Ketengahkan persembahan Randai, pelihara warisan Negeri Sembilan
Langkah itu bagi memelihara warisan tradisi Negeri Sembilan terutama kepada generasi muda selain mempromosikan dan menjadikan persembahan itu sebagai tarikan pelancong.
SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia
Pesta buku ketiga terbesar di dunia itu berlangsung sehingga 13 Nov ini.
Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru.
Pendidikan kerja sepanjang hayat - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan adalah kerja sepanjang hayat.
Bob Dylan akhirnya terima Hadiah Nobel, lebih tiga bulan selepas majlis anugerah
Penyanyi dan penulis lirik Bob Dylan dianugerahkan Hadiah Nobel dalam kesusasteraan pada Sabtu di satu majlis khas di Stockholm, Sweden.