DUBAI: Selepas menerima sambutan menggalakkan di Ekspo 2020 Dubai, negeri Sarawak di Malaysia merancang mengadakan program berterusan di Asia Barat tahun ini bagi mempromosikan negeri itu.
Pengarah Pemasaran, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Mary Wan Mering berkata, gerai pameran STB di Pavilion Malaysia telah menerima sambutan menggalakkan termasuk permintaan supaya negeri itu disertakan dalam pakej pelancongan negeri-negeri anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berpotensi, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Oman.
"Ramai menyatakan minat menyertai pengembaraan di Sarawak kerana tertarik dengan alam semulajadi hutan hujan tropika yang subur serta kaya dengan pelbagai khazanah seperti Taman Negara Mulu, yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, puncak yang mengagumkan serta kewujudan gua terbesar di dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Penyertaan STB pada MINGGU 13 (Minggu Ekopelancongan) di Ekspo 2020 Dubai bermula 26 Dis 2021 hingga 1 Jan 2022 bertujuan menembusi pasaran Asia Barat, memanfaatkan populasi ekspatriat di UAE yang kebanyakannya berasal dari Eropah, Amerika Syarikat, dan negara Asia yang lain.
Ekspo 2020 Dubai berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 dengan penyertaan 192 negara serta menarik 25 juta pelawat.
Ekspo berkenaan dijadualkan berlangsung pada 2020 tetapi ditangguh akibat wabak pandemik, dan penganjur bertindak mengekalkan nama "Ekspo 2020 Dubai" bagi tujuan pemasaran dan penjenamaan.
Bertemakan "Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Depan", ekspo ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang menarik - Mobiliti, Peluang dan Kemampanan - yang mempersembahkan kepelbagaian budaya, seni, hiburan dari pelbagai negara yang berbeza dengan pendekatan futuristik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Keajaiban alam semula jadi di Sarawak memanggil pengunjung dari serata dunia. - Foto: Sarawak Tourism

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sembilan pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya
Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya.

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).