Kerana terlalu meminati watak animasi kembar Upin Ipin, seorang kanak-kanak yang baru bersunat sanggup bersesak untuk ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 semata-mata hendak ke Kampung Durian Runtuh Upin Ipin.
Gelagat Salahuddeen Samsudin, 7, yang bersahaja berkain batik dan menaiki kereta sorong bayi, mencuit hati pengunjung dan petugas MAHA sehingga ada yang tidak melepaskan peluang bergambar dengan kanak-kanak itu.
Menurut ibunya Nur Shahlawati Ruslan, 35, anak keduanya itu telah beberapa kali menyatakan hasrat untuk ke MAHA bagi merasai sendiri pengalaman memasuki Kampung Durian Runtuh Upin Ipin.
"Cuti sekolah telah lama bermula, kasihan melihat Salahudden terperap di rumah, jadi bila dia ajak ke MAHA kami usahakan juga.
"Kami bernasib baik kereta sorong yang digunakannya semasa kecil masih boleh digunakan, dan dia tidak kisah berkain kain batik," katanya kepada Bernama pada pameran itu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini hari ini.
Menurut Nur Shahlawati, walaupun bayaran dikenakan bagi seorang kanak-kanak sebanyak RM25, namun pengalaman yang diperoleh di Kampung Durian Runtuh Upin Ipin itu mampu memupuk minat kanak-kanak terhadap pertanian.
Segmen khas Upin Ipin itu merupakan antara tarikan utama MAHA 2016 yang berlangsung sejak 1 Dis lepas hingga 11 Dis ini dengan tema 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 07 2016

Salahuddeen Samsudin, 7, kerana terlalu meminati watak animasi kembar Upin Ipin, sanggup memakai kain batik kerana baru sahaja berkhatan Khamis lalu untuk bergambar di ruang Kampung Durian Runtuh Upin Ipin pada MAHA 2016. - Foto Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Sanggup berkain batik selepas sunat ke MAHA kerana Upin Ipin
Kerana terlalu meminati watak animasi kembar Upin Ipin, seorang kanak-kanak yang baru bersunat sanggup bersesak untuk ke MAHA semata-mata kerana Upin dan Ipin.