Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) hari ini mengumumkan penggantungan pengeluaran model Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan beberapa insiden melibatkan kebakaran bateri telefon pintar itu.
Keputusan ini dibuat sehari selepas syarikat itu mengumumkan penggantungan sementara pengeluaran model tersebut.
"Keselamatan para pelanggan adalah keutamaan kami, jadi, kami telah memutuskan untuk menghentikan jualan dan pengeluaran Galaxy Note 7," kata syarikat itu seperti dipetik dari portal The Wall Street Journal.
Langkah ini diambil selepas saham Samsung jatuh lapan peratus, penurunan sehari terbesar dalam lapan tahun, selain kes kebakaran Galaxy Note 7 terbaharu di Amerika Syarikat.
Pada 2 September lalu, Samsung mengumumkan pemanggilan secara global 2.5 juta telefon bimbit Galaxy Note 7 berikutan kegagalan bateri yang menyebabkan insiden kebakaran.
Kohilah Sekaran
Tue Oct 11 2016
Samsung mengumumkan penggantungan pengeluaran telefon pintar Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan beberapa insiden kebakaran bateri. -Gambar fail
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Apple pengeluar telefon pintar paling untung
Apple Inc tampil sebagai pengeluar telefon pintar yang paling banyak mengaut keuntungan di dunia pada suku tahun ketiga 2017
Harga purata jualan telefon Samsung meningkat
Menurut data dikeluarkan Analytics Strategi, keadaan itu dibantu oleh keluaran model Galaxy S8, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
DCA tidak benarkan Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak membenarkan telefon bimbit, jenama Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan.
Samsung Malaysia minta pemilik Galaxy Note 7 matikan gajet itu segera
Pemilik Galaxy Note 7 diberi pilihan sama ada memulangkan semula atau menukarnya kepada Samsung Galaxy S7 Edge, dengan syarat mereka memulangkan Galaxy Note 7 berkeadaan baik.
Samsung henti keluaran telefon pintar Galaxy Note 7
Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) mengumumkan penggantungan pengeluaran telefon pintar Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan beberapa insiden kebakaran bateri.
Samsung Galaxy 7 Edge dinobatkan Telefon Pintar Terbaik 2016
Samsung turut membawa pulang anugerah Jenama Terbaik, dan Teknologi Boleh Pakai (Wearable Technology) untuk jam pintar Gear S2.
Galaxy Note 7 meletup dalam poket seluar, lelaki saman Samsung
Seorang lelaki dari Florida, Jonathan Strobel memfailkan saman terhadap Samsung Electronics Co selepas telefon pintar Galaxy Note 7 yang dimilikinya meletup.
Singapore Airlines larang penggunaan Samsung Galaxy Note 7
Sebelum ini syarikat penerbangan Qantas dan Virgin (Australia) serta Etihad (UAE) telah mengeluarkan arahan yang sama.
Isu Samsung Note 7, 'rahmat' tersembunyi buat Apple?
Ramai melihat isu ini sebagai memberi manfaat kepada Apple, terutama sekali dengan iPhone 7 yang dijangka akan dilancarkan pada 7 September.
Samsung henti sementara jualan Galaxy Note 7 susulan insiden bateri meletup
Samsung juga akan menawarkan peranti baharu bagi mereka yang sudahpun membeli telefon pintar dengan skrin lebar itu.