Tahun ini, merupakan kali pertama Mohamad Sabu menyambut lebaran sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
Jawatan menteri yang baharu disandangnya itu ternyata tidak mengubah diri personaliti politik, yang lebih mesra disapa sebagai Mat Sabu untuk bergaul dengan rakyat.
Hari ini, beliau memuat naik beberapa keping gambar di akaun twitter peribadinya menyatakan beliau menikmati makan tengahari di restoran Nasi Kandar Sulaiman Sukran, Segambut di ibu negara hari ini bersama pekerjanya.
Imej itu disertakan dengan kapsyen memuji hidangan di kedai itu: 'di sini gulai kambingnya sangat sedap’
Tindakan Mat Sabu yang asyik menjamu selera di restoran itu mendapat perhatian netizen yang memberikan reaksi positif.
Mereka menganggap ia sebagai usaha Mat Sabu dalam mendekati dan memahami masyarakat.
Terdahulu, dalam satu temu bual bersama Astro AWANI, Mat Sabu menyatakan dirinya memang suka bergaul dengan sesiapa sahaja dan tidak pernah meletakkan tembok pemisah antara dirinya dengan rakyat biarpun sudah bergelar seorang menteri.
“Saya tak ada beza apa-apa. Saya tetap Mat Sabu, tetap berkawan dengan semua.
“Saya tak mahu jawatan mengubah saya. Saya suka bergaul dengan orang ramai tak kira waktu dan masa.” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Bercerita mengenai persiapan raya, beliau mengatakan segala persediaan dilakukan dengan sederhana dan tidak memiliki apa-apa tema atau pakaian khusus untuk menyambut lebaran.
“Saya tak ada pakaian khas atau warna tema. Saya tak pakai baju tertentu, hanya pakai biasa macam orang kampung lain.” tambahnya lagi.
Ditanya apakah makanan dan restoran kesukaan yang paling diminatinya, Mat Sabu menyenaraikan beberapa tempat antaranya Nasi Kandar Pokok Ketapang, Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh, dan Mee Udang di Butterworth.
Beliau turut mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap masyarakat dapat hidup dengan harmoni, bergaul mesra tanpa dibatasi perbezaan politik.
Wafa Aula
Tue Jun 19 2018
Tindakan Mat Sabu yang menjamu selera di restoran biasa itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan reaksi positif dan menganggap ia sebagai usaha Mat Sabu dalam mendekati dan memahami masyarakat. -Foto Twitter MSabu_Official
AWANI Ringkas 20 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Januari 2025
1️⃣ Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
2️⃣ ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia
3️⃣ Pasca gencatan senjata Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
2️⃣ ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia
3️⃣ Pasca gencatan senjata Gaza
#awaniringkas
BioProtein Powder juara INNOVATHON 2, raih RM100,000
Inovasi yang dihasilkan oleh Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.38 mata kepada 1,566.34 daripada 1,566.72 pada Jumaat lepas.
Rakaman Dron Tunjuk Pembebasan Tebusan Israel di Gaza
Rakaman dron menunjukkan sekumpulan orang awam dan pejuang Hamas mengelilingi kenderaan Palang Merah yang membawa tiga tebusan Israel semasa pembebasan mereka pada Ahad di Bandar Gaza. #AWANInews
China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035
China berhasrat untuk mewujudkan sistem pendidikan berkualiti tinggi dengan tahap aksesibiliti dan kualiti "antara yang terbaik di dunia."
AWANI Ringkas: Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi: Kesan pengharaman Tiktok, Perspektif pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama pelajar Malaysia di Community College of Philadelphia, Siti Salwah Mohd Salleh membincangkan mengenai kesan penutupan sementara TikTok ke atas ekonomi, identiti budaya, hubungan komuniti. Perbincangan turut menjurus kepada apa bentuk sokongan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam menangani hal ini.
TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya
TikTok kembali beroperasi di AS selepas Donald Trump berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya sebagai Presiden AS bagi penggal kedua.
INNOVATHON 2: BioProtein juara, Raih RM100,000
Berjaya membawa pulang, RM100,000 BioProtein Powder, hasil inovasi Prof Dr. Azizi Ayob dinobatkan sebagai Juara Musim Kedua Innovathon.
Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand sambut Aidilfitri pada Sabtu
Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu.
Menjelang Syawal: Peniaga Pasar Payang hias kedai sempena lebaran
Ini bagi membangkitkan suasana lebaran selepas dua tahun tidak menyambutnya akibat pandemik COVID-19.
Kenaikan kes COVID-19 Indonesia dikesan selepas hari raya
Kesan pergerakan yang terjadi pasca cuti lebaran sudah mulai terlihat minggu ini di Indonesia.
Indonesia kuat kuasa larangan 'mudik lebaran', namun masih ada yang 'cuba nasib'
Bagi Basuki Riyanto, 44, dia tetap akan mencuba pelbagai kaedah untuk pulang ke kampung kerana itu sudah menjadi tradisi buatnya.
'Raikan semangat raya dengan kemaafan' - Yeo Bee Yin
Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mengajak masyarakat untuk meraikan semangat Aidilfitri dengan saling bermaafan dan kembali bersatu tanpa mengira latar belakang politik.
"Boleh bakar mercun..." Ini kisah raya Muhyiddin Yassin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat bercerita kepada Astro AWANI mengenai memori menyambut hari lebaran semasa zaman kanak-kanaknya.
Demi Gaza, pengguna media sosial mahu 'boikot' persiapan raya
Warga media sosial berpendapat, ada baiknya jika bajet perbelanjaan lebaran tahun ini disalurkan kepada tabung bantuan Palestin - Gaza bagi membantu mangsa penindasan dan kezaliman zionis Israel.