Jersi pasukan bola sepak Kelantan dilancarkan petang Khamis. Dengan pelbagai cerita yang dikaitkan dengan pasukan itu, tidak hairanlah pelbagai reaksi dapat dilihat di media sosial.

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman pada Rabu mengumumkan jersi keluaran syarikatnya dengan jenama DSV (Datuk Seri Vida) itu memiliki fungsi memutihkan kulit di samping mampu menguruskan badan.

Namun apa yang lebih mendapat perhatian adalah corak jersi yang disifatkan agak berserabut.

Naze Lee berpendapat lebih baik jika tulisan logo penaja menggunakan saiz yang lebih kecil.


Smile Zuan pula merasakan sepatutnya jumlah logo di jersi dihadkan.

Netizen, khususnya penyokong Kelantan, mengkritik cara susunan logo dan stiker syarikat penaja yang terlalu sarat.

Lambang penaja utama, Qu Puteh juga dikatakan terlalu besar.

Malah tidak kurang juga yang menyindir jersi tersebut bagaikan papan iklan untuk penajaan.

Jersi Kelantan 2016.Tak payah guna LED Board.

Posted by Harimau Malaysia on


Ni Jersi ke Pusat Pengiklanan??? Huk alohhhh

Posted by Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki ) on

Namun di sebalik kritikan, ramai juga yang tidak kisah dan berpendapat, reka bentuk jersi bukan penentu kecemerlangan sesebuah pasukan.

Jebat Eisqandar merasakan saiz logo dan tulisan bukan satu masalah.


Mohd Syukri berpendapat prestasi pasukan lebih penting.

Jersi dengan warna asas merah jambu, merah, putih dan biru itu dikeluarkan dalam tiga edisi; Supra Player, Mantera dan Millenia yang berharga dalam lingkungan RM68 sehingga RM168.