SETIAP orang takkan lari dari rasa stress, betul tak?
Tak kisahlah stress di tempat kerja ke, dalam pelajaran atau di rumah sekalipun, ia boleh mengundang masalah termasuklah dalam keguguran rambut.
Biar betul? Nak tahu, jom luangkan masa sedikit membaca maklumat di bawah ini ya!
Apa kaitan di antara stres dengan masalah rambut?
Menurut kajian, jumlah individu yang cenderung mengalami masalah rambut seperti keguguran dan kebotakan akibat stres adalah sekitar 67 ke 97 peratus.
Lebih tepat, jenis stres yang dimaksudkan adalah stres psikososial di mana individu akan mula berasa terancam atau tertekan dengan lingkungan sosial mereka.
Contoh situasinya adalah ketika seseorang individu itu mula berasa sakit hati atau iri hati terhadap orang di sekeliling yang lebih berjaya berbanding diri mereka sendiri.
Stres jenis ini kemudiannya akan beri kesan buruk terhadap tubuh badan anda khususnya kepada rambut sekali gus menyebabkan masalah rambut gugur serta botak.
Dalam erti kata lebih mudah, masalah rambut adalah antara akibat stres yang sebenarnya mungkin boleh dicegah atau dielak asalkan anda tahu cara untuk kawal emosi.
Bagaimana stres itu boleh buat rambut gugur dan botak?
Untuk pengetahuan anda semua, stres mungkin boleh jadi punca masalah rambut dalam tiga cara yang utama:
#1. Alopecia areata
Alopecia areata merupakan kondisi berkaitan penyakit autoimun yang menyebabkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala lantas mengakibatkan masalah rambut.
Sebenarnya, ia bukan sahaja boleh menyerang kulit kepala namun juga kawasan kulit lain yang penuh dengan rambut atau bulu seperti tangan, kaki, atau ketiak.
Masalah keguguran rambut yang boleh dicetuskan oleh stres ini biasanya akan bermula dengan pola kecil dan agresif serta berakhir dengan kebotakan rambut total.
Selain stres, masalah ini turut didalangi oleh genetik di mana ibu bapa dengan kondisi sama juga mungkin akan mengakibatkan si anak mengalami keadaan yang sama.
#2. Telogen effluvium
Telogen effluvium merupakan kondisi berkaitan gangguan pada sistem siklus pertumbuhan rambut yang akan menjejaskan kadar rambut tumbuh atau keguguran normal.
Kebiasaannya, individu mungkin akan kehilangan sekitar seratus helai rambut dalam masa sehari namun stres adalah punca jumlah ini bertambah dengan lebih banyak.
Selepas rambut itu gugur, proses untuk menggantikannya akan berjalan seperti biasa. Namun masalah emosi adalah punca proses ini tidak dapat berjalan dengan baik.
Selain daripada stres, masalah emosi lain yang juga boleh jadi punca permasalahan rambut ini adalah kemurungan, kegelisahan atau lain-lain gejolak emosi dalam diri individu.
#3. Trikotilomania
Trikotilomania merupakan kondisi berkaitan tindak balas di antara psikologi dan fisiologi di mana individu cenderung menarik dan mencengkam rambut mereka sendiri.
Situasi ini mungkin akan berlaku angkara stres sehingga menyebabkan mereka merosakkan rambut sendiri, sekali gus mengakibatkan masalah keguguran dan kebotakan.
Adakah masalah kehilangan rambut ini akan kekal?
Berita baik buat anda, masalah kehilangan rambut akibat stress ini mungkin tidak kekal dan rambut boleh tumbuh semula asalkan kalian mampu untuk mengawal emosi diri.
Jika anda sudah terlambat pula, anda masih boleh menjalani perawatan seperti penanaman rambut di kulit kepala atau penggunaan sebarang tonik yang telah diperakui.
Jika anda perasan bahawa masalah rambut yang didalangi faktor emosi ini makin teruk, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut!
Macam mana nak atasinya?
#1 kawal emosi untuk elak rambut gugur atau botak dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
#2 Dapatkan rehat dan tidur yang lebih cukup untuk emosi lebih sihat. Sekitar 7 ke 8 jam sehari adalah waktu istirehat yang paling ideal.
#3 Dapatkan nutrisi yang penting dalam diet sehari-harian khususnya mengambil sumber protein dengan secukupnya.
Ini kerana rambut itu dihasilkan daripada sumber protein keratin. Dalam usaha menumbuhkan dan melebatkan rambut, maka protein perlu diambil dengan lebih banyak.
Sumber : Hello Doktor
Artikel asal di Keluarga
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Keluarga
Sun Mar 20 2022
Menurut kajian, jumlah individu cenderung mengalami masalah rambut seperti keguguran dan kebotakan akibat stres adalah sekitar 67 ke 97 peratus. -Gambar hiasan/Keluarga
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Rambut semakin menipis akibat stres? Ini antara cara mengatasinya
Menurut kajian, jumlah individu cenderung mengalami masalah rambut seperti keguguran dan kebotakan akibat stres adalah sekitar 67 ke 97 peratus.