SEREMBAN: Rahang Historical Rail Tourism berusia lebih 100 tahun mampu menjadi produk pelancongan baharu di negeri ini serta berupaya mempromosikan kawasan warisan bersejarah kepada pengunjung, kata Ketua Unit Pelancongan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Shamaruddin Saidin.
Beliau berkata, Rahang Historical Rail Tourism yang terletak di Kampung Chedang itu merupakan laluan kereta api Seremban-Port Dickson dibina pada 1891 dan merupakan laluan kedua di Malaysia selepas Kuala Sepetang (Port Weld)-Taiping yang penting semasa era penjajahan British.
Katanya, laluan kereta api sepanjang 40 kilometer dari Seremban ke Port Dickson berkenaan ditutup sepenuhnya pada 2008.
"Ia turut menghubungkan Seremban (Sungei Ujong)-Port Dickson iaitu pengangkutan terpenting bagi aktiviti perlombongan biji timah, kopi serta getah sebelum dieksport ke Eropah pada masa dahulu.
"Jadi, hari ini kita ingin menguar-uarkan kepada orang ramai khususnya pelancong dalam dan luar dari negeri ini mengenai keunikan laluan ini yang mempunyai nilai sejarah tersendiri sekali gus menarik kedatangan pelancong ke negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Gotong-Royong Rahang Historical Rail Tourism 2021 (Community Base Tourism) di sini, hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang Mary Josephine Prittam Singh.
Dalam pada itu, Shamaruddin berkata kawasan pelancongan itu dijangka dibuka kepada orang awam awal Januari depan dan kini kerja-kerja menaik taraf infrastruktur serta memperindahkan kawasan sedang dijalankan termasuk pembinaan papan tanda sejarah dan replika.
"Keunikan tempat ini bukan sahaja mempunyai laluan kereta api malah ia berhampiran dengan gerai makan yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu 'Warung Bambam' dan jambatan Bakar Batu," katanya.
Shamaruddin berkata program gotong-royong ini dimulakan dengan membersihkan kawasan laluan dari jambatan serta mengecat pagar lama kereta api yang terdapat di Jalan Rasah.
Katanya, program gotong-royong yang diadakan ini berkonsepkan 'Community Base Tourism' dengan penglibatan masyarakat setempat dalam usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan yang sedia ada.
Beliau berkata ia juga dapat mempromosikan Bandar Seremban sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik dan bersih untuk pelancong dari luar dan pengunjung datang ke negeri beradat itu.
Program ini dianjurkan oleh MBS bersama Pejabat DUN Rahang serta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC). -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Oct 23 2021
Petugas kebersihan Majlis Bandaraya Seremban bersama sukarelawan melakukan kerja-kerja membersihkan persekitaran laluan rel kereta api Seremban-Port Dickson yang dianggarkan lebih 100 tahun di Kampung Chedang, hari ini. - Bernama
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Rahang Historical Rail Tourism jadi produk pelancongan baharu Negeri Sembilan
Laluan kereta api sepanjang 40 kilometer dari Seremban ke Port Dickson berkenaan telah ditutup sepenuhnya pada 2008.