KUALA LUMPUR:"Thai piranthal vazhi pirakkum', peribahasa Tamil yang bermaksud kejayaan akan datang bergolek apabila tibanya bulan Thai, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil dan ia jatuh pada Januari, saban tahun.
Bulan Thai atau 'Thai maatham' juga merupakan bulan bagi meraikan hasil pertanian, dengan harapan tuaian pada tahun berikutnya akan lebih baik dan masyarakat India lazimnya menyambut Hari Ponggal selama tiga hari dengan amalan berbeza.
Yang pasti, apabila Ponggal tiba pada Khamis (14 Jan) ini, amalan tradisi menyediakan nasi Ponggal (nasi manis) akan dilakukan untuk dijamu dan dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan sambutan bagaikan tidak lengkap sekiranya tidak menggunakan periuk belanga bagi menanak nasi Ponggal.
Meskipun zaman sudah moden dan ada yang selesa menggunakan periuk aluminium bagi tujuan itu, periuk belanga masih menjadi pilihan masyarakat India di Malaysia, malah penggunaan belanga, dikatakan semakin berkembang.
Perkara ini diakui pengusaha tembikar generasi ketiga syarikat Krishnan Pottery di Kuala Selangor, K. Mahavisnoo, 37, bahawa permintaan terhadap belanga akan meningkat setiap kali menjelang awal tahun bagi menyambut Ponggal.
"Meskipun pandemik COVID-19 belum reda, permintaan tetap tinggi dan syarikat kami telah membuat persediaan sejak tujuh atau lapan bulan lepas," katanya yang mewarisi perniagaan keluarga yang berusia lebih 70 tahun itu.
"Hampir 50,000 belanga disiapkan hasil tangan 15 pekerja. Ia juga akan dieksport ke Singapura," katanya menambah syarikat juga menghasilkan bekas kemenyan dari tanah liat, pasu, bekas menyimpan air dan pelita.
Menurutnya, Ponggal kali ini yang akan disambut dalam kelaziman baharu mempunyai sudut positifnya, apabila anggota keluarga berpeluang meraikan Ponggal bersama-sama di rumah.
"Ponggal bukan seperti sambutan Deepavali yang ada elemen kunjung-mengunjung. Ia disambut secara sederhana di rumah masing-masing dan memandangkan sesi persekolahan belum bermula serta ramai masih bekerja dari rumah, jadi inilah peluang untuk menyambut bersama keluarga," katanya menambah sambutan Ponggal ini penting bagi mendidik generasi muda tentang perayaan tradisi masyarakat India.
Pada hari pertama sambutan (14 Jan) atau 'Thai Ponggal' lazimnya akan diraikan bersama anggota keluarga dengan berkumpul untuk "menyaksikan" susu yang dimasak di dalam belanga melimpah dan limpahan itu simbolik kepada kebaikan dan kekayaan untuk seluruh keluarga.
Sambutan pada hari kedua - 'Mattu Ponggal'- memberi tumpuan kepada haiwan yang dianggap suci iaitu lembu, yang akan dimandikan, diwarnakan tanduknya serta dihiasi dengan kalungan bunga.
Hari ketiga pula - 'Kanni Ponggal'- memberi tumpuan kepada golongan anak dara - mereka perlu memakai pakaian baharu untuk upacara sembahyang khas agar mendapat suami yang baik.
Sementara itu, Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) Datuk R.S. Mohan Shan mengingatkan penganut Hindu agar meraikan Ponggal di rumah masing-masing, manakala kehadiran ke kuil haruslah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Kuil merayakan Ponggal dengan mengehadkan kepada hanya 30 orang pada satu-satu masa dengan mematuhi semua SOP rumah ibadah. Dinasihatkan perayaan secara besar-besaran Ponggal perlu dielakkan tahun ini.
"Oleh demikian, kita berdoa semoga bulan Thai ini akan membawa kebaikan, kesihatan dan kemakmuran kepada kita semua," katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebook MHS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 12 2021

Ponggal kali ini yang akan disambut dalam kelaziman baharu mempunyai sudut positifnya, apabila anggota keluarga berpeluang meraikan Ponggal bersama-sama di rumah. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.

Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.

Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.

Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.

Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.

Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.

TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.

PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.