SEJAK diperkenalkan pada Julai tahun ini, Pokemon Go ternyata mengundang kontroversi apabila ada pihak memuji manfaat yang dibawanya, manakala yang lain pula menyuarakan kebimbangan tentang keselamatannya serta tidak kurang juga yang meluat kerana keributan yang berpunca daripadanya.
Dari segi gangguan psikologi, penolong setiausaha Bahagian Kerjaya Awal Ahli Psikiatri Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Ng Yin Ping berkata buat masa ini, Pokemon Go tidak boleh disyorkan sebagai pengganti atau suatu bentuk rawatan.
"Untuk kemurungan, penyelidikan menunjukkan bahawa senaman boleh menambah baik mood dan kesejahteraan seseorang, walaupun adalah sesuatu yang mencabar untuk menggalakkan seseorang yang mengalami kemurungan untuk bersenam.
"Perlu dingatkan bahawa Pokemon Go tidak menunjukkan dengan jelas ia boleh menambah baik mood dan tidak boleh dijadikan pengganti rawatan yang tepat untuk kemurungan, termasuk psikoterapi dan rawatan perubatan," katanya dalam kenyataan kepada Bernama baru-baru ini.
BACA: Pokemon Go bantu elak kemurungan, kata pakar psikologi
Beliau berkata bukan semua orang yang dilanda kemurungan berdepan dengan pengalaman positif yang sama.
"Sesetengahnya mendapati ia menambahkan lagi kemurungan mereka iaitu apabila mereka tidak mampu membeli aksesori yang diperlukan atau tinggal di tempat yang terlalu jauh untuk membolehkan mereka mengesan sebarang makhluk maya," katanya.
Menurut Dr Ng, bagi individu yang mengalami kerisauan sosial, dia akan mengalami ketakutan yang amat sangat terhadap keadaan sosial tertentu, yang pada anggapannnya dia mungkin diperhati atau dihakimi orang lain dan oleh kerana itu dia menjadi lebih risau.
"Rawatan yang sepatutnya menjadi pilihan bagi mengatasi gangguan kerisauan sosial ialah terapi tingkah laku kognitif (CBT), yang boleh membantu individu berkenaan untuk mengenal pasti, menganalisis dan mencabar pemikiran negatif yang mendasari ketakutannya tentang keadaan sosial.
"Walaupun Pokemon Go mungkin berguna bagi individu demikian dari segi penyediaan tujuan dan struktur yang boleh mengalihnya daripada kerisauan yang lazim dialaminya, tetapi permainan itu tidak dapat merawat perkara yang menjadi puncanya," kata beliau.
Pokemon Go, hasil ciptaan Niantic Incorporation dari Nintendo, Amerika Syarikat, mencetuskan gelombang hebat permainan realiti dalam sejarah aplikasi telefon pintar.
Pokemon Go adalah sejenis permainan sembunyi-sembunyi konvensional yang memerlukan pemainnya mencari dan bergelut dengan karektor maya berdasarkan lokasi dunia sebenar melalui telefon pintar.
Aplikasi permainan mudah alih percuma ini dilancar secara rasmi pada 6 Julai tahun ini di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat dan sejak itu beredar ke lebih 30 negara.
Walaupun tarikh kemunculannya di Malaysia belum dirancang secara pasti, namun permainan yang amat popular ini boleh didapati di sini oleh pengguna Android dan iOS bulan depan.
Bernama
Fri Aug 05 2016
Menurut pakar, buat masa ini, Pokemon Go tidak boleh disyorkan sebagai pengganti atau suatu bentuk rawatan. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Rindu anak di perantauan... apa kesan psikologi kepada ibu bapa?
Mencium tangan ibu bapa untuk memohon keampunan pada pagi Aidilfitri menjadi momen yang paling dirindui oleh anak-anak.
Penting ambil tahu status kesihatan mental anda!
Penularan COVID-19 berisiko mencetuskan krisis kesihatan mental global, tindakan perlu diambil bagi menangani penderitaan psikologi yang ditimbulkan oleh pandemik itu, gesa PBB.