KINI, semua orang boleh tampil bergaya dan yakin. Tidak kiralah apa jua bentuk tubuh anda sama ada kurus, sasa mahupun ‘plus size’.
Pun begitu, acap kali kita mendengar keluhan mereka yang ‘plus size’ ini sukar untuk mencari pakaian yang bersesuaian, tidak seperti mereka yang ramping.
Jangan risau, ini sedikit tip yang boleh anda aplikasikan untuk menyerlahkan lagi gaya dan keyakinan, sekali gus membantu anda mendapatkan pakaian diidamkan dengan pelbagai pilihan rekaan, perincian, warna dan trend terkini.
1. Pemilihan warna
Jangan takut untuk menggayakan satu warna sahaja, beranikan diri untuk memakai pelbagai warna yang bold tetapi jangan keterlaluan.
Selagi ia mampu menyerlahkan warna kulit anda, carry on!
2. Motif
Cuba mengelakkan untuk memakai corak berselerak, penuh dan tidak seimbang seperti ropol yang berlebihan.
Ia mungkin membuatkan anda kelihatan sarat.
3. Potongan
Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau meletakkan hiasan yang melampau pada bahagian tidak sepatutnya.
4. Material
Pilihlah material yang lembut dan tidak melemaskan apabila dipakai.
Tetapi tidak terlalu bersinar dan cuba mengelakkan daripada fabrik yang suka melekat pada tubuh.
5. Aksesori
Jangan gayakan aksesori dengan saiz yang tidak sesuai mengikut skala badan sehingga kelihatan tidak harmoni pada tubuh.
Contohnya, memakai rantai yang besar yang menyaratkan bahagian leher.
Akhir sekali, semua orang bebas menggayakan apa juga fesyen dan tidak menjadikannya satu diskriminasi, terutama tanggapan orang ramai bahawa tubuh langsing itu sempurna manakala yang berisi sebaliknya.
Kita perlu mewujudkan fesyen untuk semua, tanpa memberikan batas untuk bentuk tubuh tertentu, seterusnya mengiyakan diskriminasi terhadap golongan tersebut.
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
**Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Ehsan A Marisah
Sun Sep 26 2021
Semua orang bebas menggayakan apa juga fesyen tanpa terbatas kepada bentuk tubuh tertentu. - Gambar hiasan
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
'Plus size' bukan alasan tidak bergaya dan menarik
Semua orang bebas menggayakan apa juga fesyen dan menyanggah tanggapan bahawa tubuh langsing itu sempurna manakala berisi sebaliknya.
'Orang gemuk pakai apa pun tak cantik' - Siapa hencap Adibah Noor?
Berkongsi kisah menerusi akaun Twitternya semalam, kata Adibah ayat yang digunakan untuk mempromosikan jenama baju plus size itu menarik perhatiannya.
Sayangi diri sendiri dulu - Dottie
Antara soalan yang diterimanya seperti, bagaimanakah untuk membina keyakinan diri dan berani tampil dengan imej cantik?
Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar
Golongan berbadan besar tidak lagi ketinggalan untuk mengayakan pelbagai fesyen pada Aidilfitri ini apabila terdapat beberapa pereka dan peniaga menawarkan rekaan baju raya bersaiz besar.
Amy Schumer tersinggung ditampilkan dalam majalah edisi khas 'plus size'
Pelakon komedi itu tersinggung ditampilkan di dalam majalah 'Glamour' edisi khas 'Plus Size' dan menjelaskan beliau hanya bersaiz 6.