SERDANG: Cabaran yang dihadapi sebagai petugas barisan hadapan, khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak sesekali melunturkan semangat sepasang suami isteri untuk menggenggam ijazah sarjana dalam bidang komunikasi.
Insp Mohd Hafiz Hafizul Mohd Khaidir, 35, dan isteri Insp Siti Narika Amirudin, 34, antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini, bersyukur akhirnya dapat menamatkan pengajian mereka dalam tempoh dua tahun.
Mohd Hafiz Hafizul yang juga Pegawai Penguatkuasa di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur berkata segala cabaran dan halangan dihadapi menjadi pencetus semangat untuk meneruskan pengajian, di samping menabur bakti kepada masyarakat serta negara tercinta.
"Sepanjang tempoh pengajian, kami bukan sahaja terpaksa bekerja dalam tempoh 24 jam secara bergilir sementara cuti pula dibekukan.
"Dalam tempoh itu juga, kami terpaksa belajar secara dalam talian walaupun ketika waktu operasi sekatan jalan raya dengan suasana bising akibat daripada bunyi kenderaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Siti Narika yang pada suatu ketika hampir berputus asa, bersyukur pensyarah dan majikan begitu memahami keadaan mereka.
"Masa itu kami rasa tak boleh nak beri komitmen lagi. Banyak benda perlu dibuat dalam satu-satu masa. Belum lagi masa dengan anak-anak.
"Tapi pensyarah sentiasa memberi kata-kata semangat dan bertolak ansur terutamanya dalam soal tugasan," katanya yang bertugas sebagai Pegawai Perlesenan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Menurut pasangan yang mempunyai dua orang anak itu, mereka memilih jurusan itu kerana kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi anggota polis terutama dalam aspek penyampaian maklumat serta pencegahan jenayah kepada rakyat.
Terdahulu, Pro Canselor UPM Prof Emeritus Datuk Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie menyampaikan ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada 830 graduan pada majlis konvokesyen itu.
Dalam pada itu doktor veterinar A. Khanmani, 28, sangat berpuas hati dapat membanggakan ibunya apabila memperoleh Ijazah Sarjana Sains Veterinar dengan keputusan cemerlang.
Anak sulung dari empat beradik itu berkata ibunya seorang pemandu bas sekolah hilang pekerjaan semasa PKP, justeru beliau mengambil inisiatif menjual manisan tradisional India ladu secara dalam talian bagi menyara kehidupan.
"Ketika itu saya terpaksa belajar secara dalam talian dan walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan, saya juga perlu berusaha mencari nafkah membantu ibu.
"... dan walaupun ada kekangan kerana belajar dari rumah, saya bersyukur dapat lulus dengan cemerlang. Setiap perkara yang saya buat, saya pasti akan melakukannya dengan terbaik, supaya ibu bangga," katanya yang turut berhasrat melanjutkan pengajian pada peringkat PhD.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Mohd Hafiz Hafizul dan Siti Narika diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini. - Bernama
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

PKP tidak halang pasangan polis genggam ijazah sarjana
Mohd Hafiz Hafizul dan Siti Narika diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini.

Jungkook BTS lulus sarjana, dapat anugerah khas dari universiti
Kejayaan Jungkook itu mencetus perbualan hangat dalam kalangan peminat, hingga namanya menjadi sohor di topik perbincangan Twitter.

Isteri kuatkan semangat hadir terima ijazah sarjana arwah suami
Nor Hidayu pada mulanya berbelah bahagi untuk hadir ke majlis konvokesyen tersebut kerana risau tidak dapat mengawal perasaan sebak.

Arab Saudi tawar 300 biasiswa penuh kepada pelajar Malaysia
Tawaran itu adalah hasil hubungan kukuh antara kedua-dua negara dan pengiktirafan terhadap rakyat Malaysia.