YOODO, syarikat telekomunikasi mudah alih mampu milik yang dikelola oleh Celcom sebelum gabungan CelcomDigi mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan ditutup pada 29 Ogos 2024.
Ini adalah kerana sebahagian daripada perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Pengumuman penutupan ini nampaknya telah menandakan bahawa CelcomDigi masih belum menemui pembeli untuk perkhidmatan telekomunikasi tersebut, dan ini menyebabkan Yoodo membuat pengumuman ini.
Pihak Yoodo mengatakan bahawa pelanggan sedia ada masih boleh menggunakan perkhidmatan ini seperti biasa, dan boleh memindahkan nombor mereka ke syarikat-syarikat telekomunikasi lain jika diingini, dan perkhidmatan mereka tidak akan menerima sebarang gangguan sehinggalah tarikh penutupan 29 Ogos nanti.
Yoodo juga mengatakan bahawa butiran mengenai fasa peralihan syarikat telekomunikasi tersebut, mungkin untuk memindahkan pengguna ke syarikat telekomunikasi lain (seperti CelcomDigi) akan dikongsikan pada 17 Jun 2024 ini.
Untuk butiran lanjut mengenai pengumuman ini, anda boleh melayari laman web Yoodo. -Amanz
Amanz
Sat May 18 2024
![Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716002383_tbYoodo.jpg)
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai. -Amanz
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Rangkaian Celcom bermasalah, pengguna desak SKMM siasat Rangkaian Celcom bermasalah, pengguna desak SKMM siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41593763983_celcom.jpg)
Rangkaian Celcom bermasalah, pengguna desak SKMM siasat
Celcom berkata, gangguan itu adalah disebabkan isu teknikal dan mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu.