Perkara anda perlu konsisten lakukan walaupun ketika 'lockdown'

Haikal Raman
Julai 31, 2021 08:00 MYT
Kami yakin ramai antara kita sudah serasi dengan rutin untuk terus berada di rumah dan mencipta keseronokan dalam ruang anda sendiri. - Gambar hiasan
KALAU ditanya sudah berapa lama anda praktikkan diri untuk kekal berada di rumah atau work from home, kami yakin rata-rata pasti tidak dapat menjawab atau akan lost count.
Tetapi kami juga yakin yang ramai antara kita sudah terbiasa dan serasi dengan rutin untuk terus berada di rumah dan mencipta keseronokan dalam ruang anda sendiri, mahupun bersama lockdown buddy atau keluarga ketika ini.
Namun, meskipun anda perlu berada di rumah dan aktiviti agak terbatas, tolong jangan tinggalkan perkara yang menjadi rutin sebelum pandemik termasuk kecergasan fizikal serta penjagaan atau kesihatan diri.
Kelas latihan kecergasan dan workout menerusi aplikasi
Sekarang ini tidak ada alasan lagi untuk tidak kekal sihat dan mengamalkan gaya hidup cergas. Kerana menerusi aplikasi dalam talian sahaja kita dah boleh dapat informasi bagi kaedah senaman yang terbaik.
Apa yang lagi menyeronokkan apabila anda boleh melakukan workout dengan pasangan anda, kalau tidak secara fizikal boleh tetap bersama menerusi dalam talian secara panggilan video.
Tapi yang penting, meskipun anda workout di rumah outfit atau pakaian anda tetap kena onz dan bersesuaian, baru ada semangat nak bersenam!
Padankan outfit anda daripada atas hingga ke bawah dengan koleksi terbaik daripada Nike!
Lakukan aktiviti terapeutik, rangsang mood anda!
Luangkan masa anda untuk lakukan aktiviti yang mampu merangsang mood dan memberikan ketenangan.
Simpan sebentar komputer riba dalam laci meja kerja anda dan kosongkan seketika minda daripada urusan kerja.
Tidak perlu keluar rumah untuk tenangkan diri sebenarnya, anda hanya perlukan satu sudut bagi membuatkan anda ralit - sebagai contoh, pergi modern gardening dan planting.
Susun pasu dan hiaskannya dengan pokok kegemaran anda.
Selain boleh mengeluarkan sedikit peluh dan memberi ketenangan, ia turut menambah pengetahuan agro anda. (Dah boleh dah tu dapatkan pokok hiasan di platform beli-belah online dan cipta kegembiraan anda sendiri).
Beri masa mata anda untuk berehat
Dalam tempoh kita work from home ini, banyak masa diluangkan dengan menghadap skrin. Bukan hanya ‘8-5’ ketika hari bekerja malah, disambung pula dengan menonton Netflix untuk waktu santai selepas kerja.
Mendedahkan mata terlalu banyak dengan skrin komputer mahupun telefon pintar boleh memberi kesan kepada kesihatan mata.
Kami sarankan supaya bagi mata anda masa ‘berehat’ dan perlindungan dengan memakai cermin mata blue light filter.
Boleh dapatkan pelbagai lagi pilihan dan rekaan cermin mata di Focus Point.
Kekal berhubung
Dengan video berkualiti tinggi dan kadar bingkai yang laju, sambungan internet yang baik memberi pengalaman hebat untuk kita berhubung bersama rakan dan keluarga ketika lockdown.
Malah, sambungan internet yang lancar kini menjadi perkara asas ketika work from home, ia turut membuatkan untuk kita kekal produktif sepanjang hari bekerja.
Kekal berhubung dengan TIME!.
Masa untuk Reward yourself!
Hujung minggu merupakan waktu terbaik untuk memanja diri dengan menghidangkan apa sahaja sajian yang telah anda craving pada minggu tersebut.
Tidak kira menu savuri mahupun pemanis mulut, anda bebas untuk memilih dan menikmatinya sambil menonton rancangan kegemaran di saluran Astro Disney + Hotstar ketika bersantai pada hujung minggu.
Banyak pilihan menu menarik yang anda boleh nikmati hanya di airasia food.
Terlalu banyak aktiviti untuk anda terus lakukan dan berhibur meskipun perlu kekal berada di rumah. Kita yang mencipta keseronokan sendiri, bukan orang lain.
Stay safe!
#TIME #airasiafood #focuspoint #Lazada #Nike #Moderngardening #workout #rutin #Planting #WFH #WorkFromHome #Netflix #DisneyPlusHotstar #Disney #lockdown
;