DALAM hidup kita pastinya diuji dengan pelbagai tekanan dan masalah.

Jika dalam keadaan begini, pilihlah untuk berdamai dengan alam.

Pergilah menikmati keindahan alam di pantai. Ini kerana alam semulajadi merupakan terapi terbaik untuk semua jenis tekanan dan masalah.

Dengar bunyi ombak, hembusan angin, pijak pasir laut dapat memberikan ketenangan fikiran.

Baca perkongsian daripada Hajar Syazwan ini.

1. Bila badan rasa penat. Pergilah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.

2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, 'reflect' diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.

3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergilah ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang 'vibe' positif ke rumah.

4. ‘Mental burnout’ sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tidak siap yang masih bertangguh. Pergilah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.

5. Bila anak semakin pasif, tidak aktif. Asyik main telefon sahaja. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. 'Motor skill' halus dan kasar diaktifkan.

6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.

Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan 'expectation parent', dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.

Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.

Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan keluarga, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.

Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.

Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tetapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tidak dilepaskan dengan baik akan dilepaskan dengan cara tidak baik.

Tekanan yang tidak dilepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.

Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.


Sumber: Hajar Syazwan

* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.


Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !