Kerana minat yang mendalam terhadap kereta klasik jenis Volvo 122 Amazon, seorang peniaga nasi lemak di Senggarang, di sini, sanggup berhabis untuk membeli 10 kereta jenis berkenaan demi hobinya itu.
Mohsin Yusop, 40, bukan sahaja membeli kereta klasik keluaran tahun 1960-an itu, malah turut mengubah suai kesemua kereta berkenaan sebagai kenderaan yang unik sekali gus menjadi tarikan kepada orang ramai.
Katanya, dua daripada lima kereta yang berjaya diubah suai kini menjadi kenderaan utama dia dan isterinya, Norazlina Jaafar, 38, berniaga nasi lemak di Pekan Senggarang sehingga mendapat jolokan nama 'Nasi Lemak Volvo RM1'.
"Lima kereta Volvo yang telah saya ubah suai ini mempunyai nama tersendiri seperti Master Hawk, Mini On dan Sampan Volvo Jaguh. Selain itu, satu daripada kenderaan berkenaan sering disewa untuk majlis-majlis tertentu seperti persaraan serta perkahwinan.
"Malah, salah sebuah kereta terbabit kini dalam proses mengubah suai untuk dijadikan gerai bergerak ala-ala 'food truck' (trak makanan) untuk saya gunakan bagi berniaga nasi lemak pada masa akan datang," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Menurut Mohsin lagi, dia memulakan hobi 'unik' itu sekitar lima tahun lepas kerana kesukarannya untuk membawa nasi lemak ke tapak jualan kira-kira satu kilometer dari kediamannya, yang ketika itu hanya menggunakan motosikal jenis Modenas Jaguh.
Kata bapa kepada tiga cahaya mata berusia antara 5 hingga 13 tahun itu, pada waktu itulah dia mula mengubah suai kereta antik yang dibeli beberapa tahun sebelum itu untuk menjadi 'kenderaan khas' bagi dia dan isterinya membawa lebih kurang 500 bungkus nasi lemak setiap hari.
"Saya tidak sangka yang kereta Volvo dan gabungan motosikal Modenas Jaguh ini kini menjadi tarikan dan dalam masa yang sama turut berfungsi melariskan jualan nasi lemak saya ini berbanding sebelumnya.
"Dalam sibuk mengubah suai kereta berkenaan, ada sebuah daripadanya saya kekalkan dalam bentuk yang asal dan digunakan untuk pengangkutan utama saya.
"Ramai orang pada mulanya mengatakan ia pelik setelah melihat saya membeli 'kereta buruk' berkenaan banyak-banyak, tetapi setelah melihat hasilnya barulah mereka faham," katanya yang telah berhabis sekitar RM60,000 untuk hobinya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020
Peminat kereta klasik jenis Volvo 122 Amazon, Mohsin Yusop, 40, (kiri) bersama isterinya, Norazlina Jaafar, 38 menunjukkan salah satu hasil ubahsuai kereta klasik berkenaan yang digabungkan dengan motosikal Modenas Jaguh. - Foto Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.
Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.
Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.
Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.