Penganut beragama Hindu mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berkunjung ke Little India, Brickfields bersama keluarga dan rakan-rakan membeli barang keperluan sebagai persiapan menyambut Thaipusam pada Rabu depan.
Tinjauan mendapati selain Batu Caves, Little India turut menjadi tempat tumpuan kerana pelbagai barang kelengkapan boleh didapati di sini seperti perkakasan kavadi dan pakaian untuk upacara sembahyang.
Menurut Parubathy Letchumanan, 59, dari Slim River, Perak, beliau mengunjungi Little India bersama keluarganya sebaik selesai membayar nazar di Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves.
"Saya suka datang ke Little India kerana terdapat banyak pilihan restoran dan kedai barangan lain pada harga berpatutan. Untuk sambutan Thaipusam, kami sekeluarga akan menyambutnya di kampung saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Thaipusam yang diraikan pada 31 Januari ini merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.
Pada perayaan Thaipusam, penganut Hindu akan menunaikan nazar dengan menjunjung 'Paal Kudam' yang dianggap paling suci dan 'Kavadi' yang dihias cantik dengan menaiki ratusan anak tangga Batu Caves menuju kuil di dalam gua itu.
Sementara itu, Vejaya Kumar, 40, dari Sungai Buloh yang berkunjung ke Little India bersama rakan-rakannya berkata, beliau sekeluarga akan keluar sejak awal pagi menuju ke kuil berkenaan bagi melakukan upacara keagamaan.
"Seperti kebiasaannya, kami akan berpakaian kuning dan membawa susu ke kuil. Kami akan keluar awal pagi hingga keesokan harinya untuk sembahyang dan melakukan aktiviti keagamaan di kuil di Batu Caves," katanya.
Pengusaha kedai menjual barangan sembahyang dan barang harian, Ravi Dayang, 55, dari Sentul pula berkata jualan bagi tahun ini sedikit berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan berita mengenai fenomena gerhana bulan yang dikatakan akan berlaku pada hari Thaipusam.
Katanya, ramai penganut Hindu yang akan pergi ke kuil lebih awal atau selepas hari Thaipusam kerana mengikut kepercayaan agama tersebut, kejadian gerhana itu boleh meninggalkan kesan negatif kepada mereka.
Bagi seorang kurang upaya, R. Subramaniam, 39, dari Flat Sri Selangor di sini berkata beliau akan pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak bagi menyambut Thaipusam bersama keluarga.
Beliau yang menjual tisu dan makanan ringan sebagai pendapatan sampingan di kawasan sekitar Little India berkata sudah menjadi kewajipan masyarakat Hindu membawa kavadi dan bekas berisi susu ke kuil setiap kali menyambut perayaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2018

Little India di Brickfields menjadi pilihan bagi penganut Hindu mencari keperluan untuk sambutan Thaipusam. - Foto: marriedtoourbackpacks.files.wordpress.com
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Polis akan rakam keterangan Tok Mat
Kertas siasatan telah dibuka pihaknya susulan laporan polis dibuat Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu Nasional, S Gobi Krishnan pada Rabu.

Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Kerajaan masih siasat kes JAIS serbu majlis perkahwinan Hindu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaan peka dengan pandangan masyarakat berhubung perkara itu.

MH370: Penganut Hindu ASTRO adakan sembahyang khas
Penganut agama Hindu dari ASTRO telah mengadakan sebuah upacara sembayang khas untuk penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang.