PELBAGAI insiden berlaku sejak kebelakangan ini selepas permainan mudah alih augmented reality, Pokemon Go dilancarkan dan 'meletup' di kalangan pengguna.

Baru-baru ini, seorang penyampai segmen cuaca dari stesen TV, WTSP Florida, Amerika Syarikat diganggu oleh rakan sekerjanya yang sibuk mencari Pokemon, ketika bersiaran langsung.

Pembaca berita cuaca, Bobby Deskins yang sedang memberi laporan cuaca pada Isnin lalu terkejut apabila rakannya, Allison Kropff yang juga merupakan seorang pembaca berita berjalan di hadapan kamera ketika bersiaran langsung.

BACA: Demam Pokemon Go: 8 perkara yang anda perlu tahu

BACA: Risiko pencerobohan data aplikasi Pokemon Go

BACA: Mengejar Pokemon dan mengganti realiti

BACA: Lelaki sibuk 'tangkap' Pokemon semasa isteri hendak bersalin

Kropff, yang teruja mengutip ‘makhluk Pokemon' dipercayai berjalan melepasi studio berkenaan tanpa disedari.

Deskins yang terkejut dengan tindakan rakannya itu terus menangani situasi berkenaan dengan cara yang profesional.

"Dia mencari Pokémon!" kata Deskins dalam nada yang lucu.

Dia kemudian memberitahu orang ramai, “"anda perlu lebih berhati-hati dengan dengan Pokémon ini.

“Anda semua berjalan di merata tempat sesuka hati.”

Allison kemudiannya memuat naik video kejadian lucu tersebut di Twitter dengan kapsyen “saat anda sedari yang anda ketagih Pokemon Go.”