Orang tua yang melihat kehidupan dari aspek negatif akan hidup lebih lama dari mereka yang berfikiran optimis.

Mereka yang berfikiran optimis lebih terdedah kepada risiko sakit dan kematian, ini menurut kajian yang telah dijalankan oleh institusi kajian Jerman.

Para pengkaji di Jerman dan Switzerland mendapati bahawa orang tua yang berpuashati dengan kehidupan mereka, akan menghadapi 10 peratus lebih tinggi risiko kematian atau lebih mudah terkena masalah kesihatan kata pemikir DIW.

“Adalah tidak mustahil untuk mereka yang berfikiran pesimis akan menjaga diri dengan lebih baik dan mengambil langkah berjaga-jaga menangkis risiko” kata salah seorang pengkaji, Frieder Lang.

“Ini sekaligus membuktikan bahawa mereka yang mempunyai jangkaan yang lemah tentang masa depan akan hidup lebih lama dan sihat dari mereka yang percaya masa hadapannya cerah” kata DIW lagi.

Penyelidikan telah dilakukan oleh Universiti di Friedrich Alexander, DIW Berlin, Universiti Humboldt di Berlin, dan Universiti Zurich.

Analisis dilakukan dari tahun 1993 sehingga 2003 di mana tiga kumpulan umur yang berbeza telah ditanya setiap tahun tentang kepuasan hidup mereka dan apa yang mereka jangka dalam lima tahun.