TIAP kali kalau fikir pasal nak business, yang terlintas dalam fikiran ialah tentang halangan dan masalah.
Modal tak cukup, kat mana nak buka kedai, berapa sewanya, untung ke tak dan macam-macam lagilah yang bermain kat fikiran tu. Fikir punya fikir, tak buka juga business tu. Betul tak?
Memang betul kita kena fikir masak-masak dan buat perancangan dengan teliti sebelum kita mulakan perniagaan. Tapi tak semestinya memerlukan modal yang tinggi. Kalau korang tengok 3 Dara Kg.com dia orang jual kek je kan? Sangat mudah.
Ini antara tip yang kami boleh kongsikan:
1. Tak payah sewa kedai
Rumah pun dah boleh dijadikan ‘pejabat pemasaran’. Cuma kena organize sikit la ruang untuk letak stok barang.
2. Modal rendah nak meniaga apa?
Dengan modal yang rendah, macam-macam kita boleh jual sebenarnya. Jual makanan macam nasi lemak, air atau kuih-muih. Bagi yang ada kepakaran dalam bidang tertentu, boleh buat service macam jadi driver ke, ambik upah buat macam-macam service seperti buat editing, graphic design dan lain-lain. Business kecil-kecilan ini sesuai untuk mereka yang baru habis belajar, suri rumah, ataupun siapa-siapa yang nak cari rezeki lebih.
3. Guna internet untuk pemasaran.
Sekarang teknologi dah maju. Macam-macam cara dan platform untuk kita buat pemasaran. Antaranya Facebook, Instagram, blog, buat website sendiri dan macam-macam lagi. Cuma perlu hebahkan dan aktif dari segi pemasaran. Kalau ala kadar memang untungnya pun ala kadar.
4. Diri sendiri
Macam mana pun cara semuanya akan berbalik kepada diri korang sendiri. Kalau korang rajin, dapatlah untung lebih. Yang penting tu disiplin diri. Cuba dulu, mana tau satu hari nanti boleh jadi businessman yang berjaya. Business biar kecik asalkan berhasil. Betul tak??
Boleh saksikan kehidupan dan peniagaan Esah, Awa dan Noi dalam 3 Dara Kg.com lakonan Scha Alyahya, Marsha Milan, dan Nasz Sally pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di Astro Warna saluran 132 dan HD saluran 124.
Layan drama-drama hebat secara percuma di http://www.astrogempak.com.my/gempak-drama