KUALA LUMPUR: Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sebut sahaja "Ekonomi Gig" spontan tergambar di minda, pemandu e-hailing dan penghantar makanan, masing-masing dengan tugas menghantar penumpang atau bungkusan, makanan dan minuman.
Buat masa ini, ekonomi gig di Malaysia dikuasai oleh syarikat teknologi yang besar seperti Grab, Foodpanda dan Shopee. Kebanyakannya bermula secara sederhana tetapi perkhidmatan yang ditawarkan semakin menjadi popular menerusi penggunaan aplikasi syarikat masing-masing
Bagaimanapun, keadaan pada masa depan mungkin berbeza seperti yang dikongsi oleh Datuk Clifford Hii, pengasas Metabond Group Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi tempatan.
Menurut beliau, secara tradisi, ekonomi gig merangkumi pelbagai jenis pekerjaan, kesemuanya bersifat sementara atau untuk jangka pendek, dan menarik ramai pekerja dengan kepelbagaian kemahiran.
Di samping itu, terdapat pekerjaan ekonomi gig yang lain yang memberi pendapatan yang lebih baik termasuk pengaturcara, jurutera dan pemaju, kebanyakannya dalam industri pengkomputeran atau teknologi.
"Masyarakat di negara ini, rata-ratanya mula terdedah dengan ekonomi gig menerusi e-hailing, penghantaran makanan atau membuat pesanan barangan secara dalam talian. Jadi, sudah tentunya bagi mereka kebanyakan pekerja ekonomi gig adalah pemandu dan penghantar makanan/barangan.
"Tetapi sebenarnya, ekonomi gig lebih meluas dan banyak potensi untuk berkembang dan mampu memberi peluang yang lebih baik untuk mereka yang terlibat di dalamnya," tambah beliau.
NFT, PLAY-TO-EARN GAMING
Clifford turut berkongsi pandangannya bahawa permainan digital games, seperti Play-to-Earn non-fungible token (NFT)-powered, blockchain games, mampu menghasilkan pendapatan yang boleh menampung kehidupan komuniti.
Pendek kata, beliau yakin bermain games boleh menghasilkan pendapatan.
Digital NFT games seperti Axie Infinity dan Cryptokitties mendapat liputan meluas di seluruh dunia kerana wang yang banyak dibelanjakan oleh pemainnya untuk membeli NFT berkaitan dengan games. Ini termasuk Sandbox iaitu sistem permainan secara maya yang memungkinkan pemain untuk mengumpul aset digital NFT.
Apabila permainan ini menjadi popular, bilangan pemain akan turut bertambah dan kebanyakan mereka memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluansendiri serta keluarga mereka.
"Dalam hal ini, contoh terbaik adalah Axie Infinity, yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai dalam kalangan golongan kurang bernasib baik di Filipina. Ramai pemain bergantung kepada game ini untuk mencari wang, terutamanya semasa pandemik COVID-19.
"Saya tahu, tak semua dapat menerima idea mencari nafkah dengan digital games, terutamanya, computer games, tetapi itulah realitinya," kata Clifford.
Menurut beliau, mencari nafkah dengan bermain games bukannya satu perkara baharu, memandangkan pemain profesional dalam sukan dan e-sukan dapat menampung kehidupan mereka dengan berbuat demikian.
Bagaimanapun, hanya peratus kecil daripada jutaan pemain yang beroleh pendapatan dan Clifford mahu keadaan itu berubah.
"Sesiapa yang bermain games seharusnya mendapat hasil pendapatan. Pemain juga harus bermain dan mendapat keseronokan, bukan menghabiskan masa berjam-jam melakukan tugas yang sama tanpa sebarang manfaat," katanya.
PERMAINAN DIGITAL MENGHASILKAN PENDAPATAN
Menurut Clifford, syarikat beliau sedang mengusahakan permainan digital NFT mereka yang pertama, iaitu Soulbond: Rebels Arise.
Beliau berkata, permainan berkenaan akan berkembang untuk memberi manfaat kepada komuniti kurang bernasib baik, terutamanya di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, yang dapat menjana pendapatan serta memperbaiki kedudukan kewangan mereka.
Ini mungkin dilihat terlalu idealistik dan tidak realistik tetapi Clifford bukan berangan-angan kosong.
Sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersenarai di Bursa dan bernilai berbilion ringgit, beliau mencipta kejayaan dalam perniagaan hartanah sebelum membuat keputusan menceburi dunia gaming dan NFT.
"Berbanding kebanyakan NFT games yang ada, yang menekankan lebih kepada aspek kewangan, Soulbond lebih kepada MMORPG (multiplayer online role-playing game), yang memberi peluang kepada pemain mendapat pengalaman menjadi sebahagian daripada Soulbond metaverse - kerja, bermain, hidup dan dalam masa yang sama, mendapat wang.
"Bermain digital games sebenarnya kerja ekonomi gig - kerja separuh masa, tak memerlukan banyak benda (yang perlu gajet seperti telefon dan komputer), dan tidak mengambil banyak masa," katanya.
MEYAKINKAN PUAK YANG SKEPTIKAL
Menurut Clifford, NFT games, seperti games dan sukan yang lain amat menghiburkan.
"Hiburan berbentuk tradisional seperti pementasan, wayang, persembahan secara langsung, muzik, sukan, semuanya ini bernilai berbilion ringgit. NFT games adalah bentuk hiburan baharu dengan satu perbezaan utama iaitu perolehannya diagihkan lebih demokratik.
"Game yang sedang saya bangunkan bukan sahaja akan memperkasakan golongan yang kurang bernasib baik tetapi juga mempamer serta mempromosikan studio seni butik di rantau Asia Tenggara.
"Kami menjalin kerjasama dengan studio untuk menghasilkan seni kerja NFT yang digunakan untuk game, membantu mereka mendedahkan daya kreativiti untuk penonton sejagat, " tambahnya.
Clifford berkata, kumpulan pertama seni kerja NFT dihasilkan oleh studio seni Malaysia, Harbour Creativ. Ada petunjuk ia akan mendapat sambutan baik daripada kalangan pengumpul NFT dan seni digital.
Beliau turut menyentuh tentang kontroversi semasa mengenai mata wang kripto, NFT dan blockchain games, tetapi menyatakan ia semua adalah sebahagian daripada industri baharu.
"Sememangnya mencemaskan apabila mengendalikan pihak yang skeptikal, tetapi semua industri baharu penuh dengan cabaran dan penipuan.
"Terpulang kepada kita untuk mengelakkan diri daripada potensi ancaman dan menggunakan sepenuhnya peluang. Kejayaan bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melakukannya, " tambahnya.
Reputasi serta kedudukan Clifford dalam kalangan perniagaan tradisional, terutamanya di Malaysia, membantu beliau dalam aspek berkenaan.
Berbeza dengan projek NFT yang lain yang dikendalikan oleh individu tidak dikenali, Clifford mengambil sepasukan profesional yang mempunyai rekod kerja yang baik, dalam bidang masing-masing.
Beliau juga menyifatkan hakikat Metabond dan pasukannya masih baru dalam industri NFT gaming sebagai satu kelebihan kerana membolehkan mereka membawa visi unik kepada industri berkenaan.
Clifford berhasrat membina satu ekosistem digital untuk memperkasa golongan berpendapatan tendah dalam zaman digitalisasi.
"Kami mahu menjadi perintis kepada model ekonomi baharu untuk membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan dengan memperkasakan mereka, menggunakan pengetahuan dan kemahiran digital, " tambahnya.
-- BERNAMA / Diterjemah oleh Melati Mohd Ariff
Bernama
Thu Mar 31 2022
Pengasas Metabond Group Sdn Bhd, Clifford Hii yakin bermain games boleh menghasilkan pendapatan. - Gambar hiasan
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
NFT Gaming mampu melonjak ekonomi gig Malaysia
Pengaturcara, jurutera dan pemaju, yang kebanyakannya dalam industri pengkomputeran atau teknologi juga merupakan contoh ekonomi gig.