PERMINTAAN terakhir seorang penghidap kanser adalah untuk menjadi terkenal di China.
Dorian Murray, 8 tahun, berasal dari Rhode Island, Amerika Syarikat menghidap rhabdomyosarcoma, iaitu kanser pediatrik.
Ketika berbual bersama bapanya tentang permintaan terakhir, beliau menyuarakan keinginan untuk menjadi terkenal di China hanya kerana ia mempunyai Tembok Besar China.
Tidak memandang ringan akan permintaan ini, bapa beliau terus kongsikan permintaan itu menerusi laman Facebook "Praying for Dorian", sekali gus memulakan kempen hashtag #DStrong.
“Saya tahu ia merupakan permintaan besar, tetapi saya mahu Dorian berasa beliau terkenal di seluruh dunia,” kata bapanya di Facebook.
Netizen China memenuhi permintaan berkenaan dengan merakam selfie di Tembok Besar China dan beberapa lokasi lain di China.
Di Amerika Syarikat, personaliti televisyen dan penghibur Conan O'Brien dan Paula Abdul turut berkongsi selfie dengan nota tertera "#DStrong".
Sokongan orang ramai dari seluruh dunia menjadi inspirasi buat Dorian.
"Mereka mahu saya untuk terus melawan kanser. Mereka yakin dengan saya dan saya amat terharu ramai yang sokong saya," kata Dorian kepada saluran WPRI di AS.
Syafique Shuib
Tue Jan 19 2016
Dorian Murray mahu menjadi popular di China, namun menerusi kempen #DStrong, beliau kini terkenal di seluruh dunia.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Netizen tunai permintaan terakhir penghidap kanser untuk jadi terkenal
Seorang penghidap kanser mahu menjadi popular di China, namun menerusi kempen #DStrong, Dorian Murray kini terkenal di seluruh dunia.