Nestle (Malaysia) Bhd akan memulakan penggunaan straw kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT 125 mililiter (ml) keluarannya pada suku keempat tahun ini.
Langkah itu tidak hanya dapat mengelak penggunaan 40 juta straw plastik setahun, malah turut menjadikannya syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang menggunakan straw kertas bagi pek minuman.
Syarikat itu juga merancang untuk menggunakan straw kertas bagi varian lain Milo UHT secara berperingkat dengan matlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Ini merupakan sumbangan terbaharu kami bagi ikrar Nestle untuk memastikan penggunaan pembungkusan yang 100 peratus boleh dikitar semula atau diguna semula menjelang 2025.
"Tindakan ini juga sebahagian daripada komitmen untuk terus meninjau penyelesaian secara agresif dalam usaha kami menerusi kempen Perangi Sisa Plastik yang sedang dijalankan," katanya.
Nestle Malaysia juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam kempen Perangi Sisa Plastik dan akan terus membangunkan penyelesaian yang bercirikan mesra alam.
Susulan itu, dua pertiga daripada keseluruhan pembungkusan plastiknya kini direka bagi tujuan kitar semula.
Pada masa sama, syarikat itu juga terus membangunkan serta menguji bahan dan sistem pembungkusan mesra alam dengan pihak seperti pusat pembangunan, pembekal, institusi penyelidikan dan syarikat pemula niaga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019
![Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569170456_PaperStraw.jpg)
Nestle jadi syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang menggunakan straw kertas bagi pek minuman. - Gambar hiasan
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435910_GasexplosioninTa.jpg)
Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
![Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569170456_PaperStraw.jpg)
Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas
Nestle (Malaysia) Bhd bermatlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun.