Pelbagai idea kreatif digunakan pengusaha menu nasi lemak bagi melariskan perniagaan atau menjadikan ia lain daripada yang lain termasuk menggunakan buluh.
Bagi Wan Abdullah Wan Kadir, 49, beliau mempertaruhkan jualan nasi lemaknya dengan menggunakan buluh bagi menarik pengunjung ke premis perniagaannya, kedai Wan Patin Tempoyak, yang dirasakan agak tersorok di Jalan Tun Ismail, di sini.
Katanya, idea itu timbul hasil perbincangan dengan ahli keluarga selain mengambil kira pandangan rakan dan orang ramai di laman sosial, dan setakat ini mereka menggunakan 100 keratan buluh untuk hidangan nasi lemak setiap hari sejak ia beroperasi dua bulan lepas.
"Pada hujung minggu, jumlah keratan buluh yang digunakan boleh mencecah sehingga 300. Pengalaman mengetuk nasi lemak keluar dari buluh menjadikan pengalaman menikmati juadah popular rakyat Malaysia lebih unik di sini.
"Pelanggan juga beritahu rasa nasi lemak yang dimasak dalam buluh lebih berlemak sehingga enak walaupun dimakan begitu sahaja," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di sini pada Jumaat.
Wan Abdullah yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang katering berkata nasi lemak buluh dijual pada harga RM3 sepinggan dengan bahan asas iaitu sambal bilis, kacang goreng, timun dan telur rebus.
Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih tambahan lauk lain seperti sambal paru, ayam goreng berempah dan telur mata selain bayaran tambahan RM1 dikenakan untuk tambahan satu buluh nasi.
"Bekalan buluh diperoleh dari kenalan di Sungai Lembing kerana buluh yang kami guna adalah jenis tebal... bukan seperti yang digunakan untuk memasak lemang.
"Buluh tebal lebih sesuai supaya tidak pecah kerana proses memasak nasi lemak ini mengambil masa yang lama, selain boleh dibasuh untuk digunakan semula," katanya.
Wan Abdullah berkata proses memasak nasi lemak buluh bermula jam 3 petang hari sebelumnya kerana beras perlu direndam semalaman sebelum dikukus kali pertama dan digaul dengan santan segar sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk dikukus kali kedua.
Proses penyediaan sambal juga turut mengambil masa kerana dimasak menggunakan api kecil antara lima ke enam jam untuk menjadikan rasanya lebih enak dan tahan lama.
"Walaupun renyah, saya seronok melihat pelanggan berpuas hati dengan rasanya. Malah, ada yang menyatakan harga saya agak murah namun kami berpandangan ini adalah cara untuk kami bersedekah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
Kakitangan kedai, Wan Nur Athirah Najwa Wan Abdullah menyediakan nasi lemak buluh yang jadi bualan warga Kuantan selepas pelanggan yang berpuashati dengan kelazatan hidangan itu menghebohkan di laman media sosial, 20 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nasi lemak buluh sebagai 'pelaris'
Idea itu timbul hasil perbincangan dengan ahli keluarga selain mengambil kira pandangan rakan dan orang ramai di laman sosial.