LEBIH 20 pereka fesyen tempatan merebut peluang menyertai fesyen e-dagang tahun ini di platform beli belah seperti Zalora dan Fashion Valet.

Style District ‘istimewa raya’ bagi episod pertama mengimbas kembali koleksi raya yang menarik bagi tahun ini.

Zalora menganjurkan pameran koleksi Raya Raya #ZALORAYA2018 pada 27 Mac.

Tahun ini, Zalora membawa paling ramai pereka fesyen dalam sejarah mereka seperti Ezzati Amira, Zaimi Zulkafli, Afiq M, Kree, Petra, Tom Abang Saufi, dan ramai lagi.

Manakala bagi Fashion Valet yang bekerjasama dengan AndrewsModels mengadakan pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya 2018 di Publika pada 12 April lalu.

Antara jenama fesyen lain yang terlibat ialah Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Tudung People, Maqilla, Infinence, Arared, Shanell Harun, Zery Zamry, Rizman Ruzaini, Jubahsouq, Liza Azulkarnain, Wanpa dan ramai lagi.