Menurut Vivy, perkhidmatan yang disediakan di platform perniagaan online Fashion Valet (FV) itu adalah secara percuma tanpa melibatkan sebarang pengambilan komisen.
"Ramai pengusaha makanan dan minuman tempatan mengirim mesej kepada saya untuk mempromosikan produk mereka. Saya tidak mampu untuk membantu kesemuanya, jadi ini merupakan inisiatif yang saya harap akan membantu mereka di luar sana dengan lebih ramai lagi.
"FV tidak akan mengambil komisen atau mengenakan sebarang caj. Ia adalah percuma. Matlamat kami ialah untuk menghubungkan para peniaga dengan pelanggan.
"Kami akan menganjurkan FVBazaar, sebuah bazar Ramadan online yang akan menggunakan laman web kami bermula 17 April," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Vivy sejak diumumkan semalam, pihaknya sudah menerima beberapa permohonan yang menjual biskut, kek, sate, minuman, kuih dan macam-macam lagi.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Vivy yang cuba membantu golongan peniaga dalam keadaan ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Saya dah lama menantikan saat ini, Hati berbunga-bunga sekarang. Terima kasih @vivyyusof, anda memang awesome!
"Semoga Allah memberikan ganjaran buat anda dan seluruh pasukan anda.
"Semoga dimurahkan rezeki, Alhamdulillah," tulis sebahagian netizen yang teruja.
Sebelum ini, Vivy pernah menerima kecaman apabila pandangannya untuk memperjuangkan nasib golongan usahawan industri kecil sederhana disalah erti.
BACA: Vivy Yusof Mohon Maaf, Jelaskan Maksud Komen ‘Exactly’ Kepada Rakan
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!