Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia – Asia Islamic Fashion Week 2017 (AIFW2017).
Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac hingga 2 April 2017, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.
Industri runcit ini akan berlangsung selama empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.
Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.
“Kami dengan rasa bangga mengalu-alukan semua peserta pameran, pereka, pembeli dagangan dan pengunjung dari seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada acara yang hebat ini.
“Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam AIFW2017,” ujar pengasas dan pencetus AIFW2017, Fuza Umar.
Ujar Fuza lagi, “Lebih membanggakan lagi, kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia. Kami juga turut berbangga untuk mengumumkan dua ‘fashion influencers’ #AIFW2017;”
Mereka ialah pereka fesyen serba boleh dari Indonesia, Dian Pelangi, dan ikon kemanusiaan, fesyen dan dakwah tanah air, Mizz Nina.
Dalam penyataannya, Mizz Nina berkata, “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berasa dihargai kerana menjadi sebahagian dari AIFW2017. Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia.”
Tiga elemen utama AIFW2017 adalah pertunjukan dagangan fesyen, pertunjukan fesyen, dan sesi interaksi fesyen.
Menurut Laporan Kedudukan Ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan secara bersama oleh Reuters, konsumer Muslim sedunia membelanjakan sejumlah AS$230 bilion untuk pakaian pada 2014, menjadikan pasaran pakaian Muslim membentuk 11 peratus daripada perbelanjaan global, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun lalu. Angka tersebut dijangka mencecah AS$484 bilion menjelang 2019.
Saiz pasaran yang ketara ini memerlukan perhatian dan pelaburan dari seluruh dunia. Pemain fesyen arus perdana utama daripada Uniqlo dan Mango hinggalah kepada pereka fesyen aras tinggi seperti Dolce & Gabbana dan Tommy Hillfiger telahpun mengikut jejak langkah DKNY yang melabur dalam sektor ini.
Semua ini berlaku seiring perkembangan syarikat-syarikat fesyen Muslim yang kini meneroka pasaran. Platform e-dagang seperti Hijup (Indonesia) dan Modanisa (Turki) juga menerima kemasukan pelaburan yang besar untuk memperkembangkan asas pengguna masing-masing.
Laporan berkenaan turut menggariskan bahawa Malaysia mendahului majoriti kategori industri Halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global. Sebagai negara Islam yang moden dan progresif, Malaysia telah lama membawa aspirasi Hab Halal Global, dengan merintis banyak inisiatif Halal serta menjadi tuan rumah kepada inisiatif yang berkaitan seperti #AIFW2017 demi mencetus kesedaran lebih luas tentang pasaran Halal.
Untuk maklumat lanjut tentang AIFW2017, sila e-mel ke info@asiaislamicfashionweek.com
Astro Awani
Mon Jan 16 2017
Mizz Nina bakal munculk sebagai 'fashion influencer' bagi acara AIFW2017. - Foto AIFW Event
AWANI Ringkas: Perkembangan kes bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Daim
Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
'Allahyarham Tun Daim seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
Seorang pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Khamis minggu lepas.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Mengenang Tun Daim: Tun Daim Zainuddin di mata Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah
Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah berkongsi cerita serta pengalamannya mengenali Tun Daim Zainuddin.
Mengenang Tun Daim: Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalaman bersama Tun Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalamannya bersama Tun Daim Zainuddin serta mengenang ketokohan bekas Menteri Kewangan itu.
Pemergian Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Mizz Nina temui pengunjung acara fesyen Islamik Asia AIFW2017
Malaysia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac hingga 2 April 2017, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).