Untuk meraikan ulang tahun ke-30 rekaan kasut terkenal tersebut, butik kasut terkenal dari Jepun Mita Sneakers telah bekerjasama dengan Reebok untuk menghasilkan versi eksklusif terbaru Reebok Classic.
Shigeyuki Kunii, pengarah kreatif Mita Sneakers mempamerkan kasut tersebut dalam sebuah video untuk Hypebeast.
Model Kulit Classic digabungkan dengan ciri-ciri bercahaya di bawah matahari serta bercahaya di dalam gelap, kasut yang direka "untuk kelihatan berbeza pada masa yang berbeza dan dalam persekitaran yang berbeza." menurut Kunii.
Direka khas di Tokyo, dilengkapi panel kulit berkualiti tinggi, bahan-bahan chambray dan terry. Juga terdapat motif halus berbentuk pagar, diilhamkan oleh kedai itu sendiri.
Ditubuhkan 40 tahun yang lalu di Tokyo, Mita Sneakers mula mengeluarkan jenama tradisional Jepun, tetapi berkembang menjadi label antarabangsa dan kerjasama eksklusif berikutan ledakan sneaker pada tahun 1990-an.
Reebok menghasilkan Classic pada 1983 sebagai salah satu jenama kasual kasut sukan, dan berkembang menjadi ikon rekaan meden. Awal tahun ini Italian electronic dikenali Planet Funk juga menghasilkan Classic khas, boleh didapati dengan harga €140 dari LuisaViaRoma.
Maklumat lanjut mengenai Mita Sneakers, termasuk harga dan hari pelancaran akan diumumkan.
AFP RELAXNEWS
Tue May 07 2013

NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Mita Sneakers menghasilkan Reebok Classics khas
Untuk meraikan ulang tahun ke-30 rekaan kasut terkenal tersebut, butik kasut terkenal Jepun Mita Sneakers telah bekerjasama dengan Reebok untuk menghasilkan versi eksklusif terbaru Reebok Classic.