KUALA LUMPUR: Diabetes sering dikaitkan dengan isu kesihatan termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan amputasi, bagaimanapun ia juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan merupakan punca buta paling kerap bagi orang dewasa dalam umur bekerja.
Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Vitreoretinal di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Peh Khaik Kee berkata kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.
Beliau berkata seorang daripada lima rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis iaitu anggaran 4.6 juta, dan seorang daripada tiga pesakit mengalami penyakit mata akibat diabetes.
"Daripada angka ini, satu pertiga akan mengalami penyakit mata yang mengancam penglihatan, justeru menunjukkan 500,000 rakyat Malaysia mempunyai penyakit mata diabetes yang mengancam penglihatan," katanya dalam kenyataan.
Dr Peh berkata diabetes menjejaskan mata dalam beberapa cara termasuk perubahan terhadap kanta mata yang mengakibatkan penglihatan kabur, meningkatkan tekanan pada mata yang boleh menyebabkan glaukoma, serta merosakkan saraf yang mengawal otot mata justeru membawa kepada penglihatan berganda.
SUNWAY-DIABETES 2 KUALA LUMPUR
Ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada salur darah dalam retina yang menyebabkan retinopati diabetes, yakni penyakit mata paling kerap dikaitkan dengan kencing manis, katanya.
Dr Peh berkata retinopati diabetes telah menjadi epidemik di negara ini memandangkan Malaysia membelanjakan 16 peratus daripada bajet penjagaan kesihatan untuk diabetes; menjadikan Malaysia dalam kalangan 10 negara dengan peratus tertinggi bajet penjagaan kesihatan dibelanjakan untuk diabetes.
"Ramai yang mengalami kencing manis tidak menjalani pemeriksaan mata berkala untuk memeriksa simptom bagi penyakit itu, dan retinopati diabetes tidak mempunyai sebarang simptom khusus, dan tidak menyebabkan kehilangan penglihatan sehinggalah pada peringkat akhir.
"Oleh sebab itu, terdapat ramai pesakit yang tampil pada peringkat kritikal dan itulah kenapa pentingnya saringan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, kehilangan penglihatan hampir seratus-peratus boleh dicegah dengan saringan berkala.
Menurut Dr Peh, sebelum ini, pemeriksaan mata bagi retinopati diabetes menggunakan mikroskop lampu celah yang memfokuskan cahaya pada retina dan menyebabkan ketidakselesaan, terutama jika individu tersebut sensitif pada cahaya.
Namun, kini, katanya, terdapat kamera fundus medan ultra lebar yang boleh mengambil gambar retina tiga kali lebih baik daripada kamera standard dan pesakit tidak lagi mengalami kekaburan akibat cecair mata serta tidak perlu lagi menempuh pemeriksaan lampu celah yang tidak selesa.
Dr Peh berkata suntikan untuk merawat retinopati diabetes juga membuahkan hasil yang baik bagi pesakit di peringkat awal, bagaimanapun mereka perlu menjalani prosedur secara intensif, bergantung kepada jenis ubat, setiap empat atau lapan minggu untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
Katanya, terdapat juga kaedah pembedahan baharu dan peralatan yang kurang invasif dengan hasil yang lebih baik.
Hal itu, menurut Dr Peh, boleh menjadi langkah pencegahan dan merupakan suatu kemajuan besar dalam menangani penyakit itu.
Beliau turut menasihati mereka yang mempunyai ahli keluarga penghidap diabetes supaya memeriksa kandungan gula dalam darah dan mereka yang telah didiagnosis dengan penyakit itu agar berjumpa pakar oftalmologi untuk memeriksa retina, bagi mengesan penyakit mengancam penglihatan, sekali gus mencegah buta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
![Mencegah buta akibat diabetes Mencegah buta akibat diabetes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/61457621331_Eye.jpg)
Kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720083214_regencyhospital.jpg)
Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.
![Regency Specialist Hospital bakal anjurkan kempen saringan diabetes Regency Specialist Hospital bakal anjurkan kempen saringan diabetes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717861927_TBREGENCY.jpg)
Regency Specialist Hospital bakal anjurkan kempen saringan diabetes
Sasar 3,000 penyertaan dan usaha untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records.
![Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713956924_diabetespatient.jpg)
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
![Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705290126_TBgenericretinopati.jpg)
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
![Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618225380_diabetespatient.jpg)
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.
![Anwar arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan Anwar arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700893572_TBSODAxjpg.jpg)
Anwar arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.
![Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618225380_diabetespatient.jpg)
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
![Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688809323_TBZalihaMustafa.jpg)
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan.
![ADUN Belantik kritikal, sedang dirawat di HSAH ADUN Belantik kritikal, sedang dirawat di HSAH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683190167_DatukMohdIsaShafi.jpg)
ADUN Belantik kritikal, sedang dirawat di HSAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
![Mencegah buta akibat diabetes Mencegah buta akibat diabetes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/61457621331_Eye.jpg)
Mencegah buta akibat diabetes
Kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.